AZMIN PUTUS HUBUNGAN DENGAN PAS, AZMIN PILIH PAN, PAS BOLEH JALAN KATA AZMIN

Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada Parti Amanah Negara (PAN) kerana berjaya bertapak sebagai sebuah parti politik sebagai politik matang di negara ini walaupun usianya baharu setahun.
“Tahniah kepada AMANAH. Walaupun usia setahun tapi cukup matang dalam politik mereka. Saya yakin AMANAH akan main peranan penting dalam politik negara.

“Senario politik semasa memerlukan kekuatan baru. Negara sedang dilanda kegawatan kepimpinan dan kecurangan pengurusan ekonomi negara. Kita tak boleh lagi mendokong Umno BN,”kata Azmin dalam program Ceramah Mega Setahun Amanah di Shah Alam semalam anjuran PAN dengan kerjasama PKR, PPBM dan DAP.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata beliau bersedia menolak sesiapa sahaja yang dilihat berpihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Bukan sahaja menyokong Perdana Menteri Najib Razak malah mana-mana pihak yang dilihat bersama dengan Najib pun tidak boleh diterima.

“Tidak boleh bersekongkol dengan bapak perompak negara.
“Kita nyatakan ikrar, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN, rakyat akan menolak mereka pada pilihan raya akan datang,”katanya lagi.

Kenyataan Azmin di atas merupakan kenyataan paling keras setelah lama berdiam diri di mana sebelum ini memperlihatkan dirinya sebagai pro kepada PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana