Azmin bohong... Sungai Semenyih tidak disabotaj

Inilah perangai buruk pemimpin Pakatan dari dulu sehinggalah kini... iaitu mereka lebih gemar menuding jari kepada pihak lain daripada mencari penyelesaian kepada satu-satu masalah.
Macam kes air di Selangor, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan mudah membuat tuduhan kononnya Sungai Semenyih disabotaj sedangkan Jabatan Alam Sekitar tidak menemui sebarang unsur sabotaj dalam siasatan awalnya mengenai pencemaran di situ.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Jaafar berkata sehingga sekarang, dalam siasatan kami tidak menjumpai apa-apa,"katanya di lobi Parlimen.

Ahad lepas, Azmin dilaporkan berkata terdapat bukti mengenai pencemaran air di Sungai Semenyih yang menunjukkan “kecenderungan unsur sabotaj” oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk melemahkan kerajaan negeri memandangkan pilihan raya sudah hampir.

Azmin berkata laporan polis dibuat Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi menyiasat pencemaran sungai berkenaan.

Wan Junaidi berkata kementeriannya memandang serius dakwaan Azmin dan berharap kerajaan negeri dapat mengemukakan bukti yang kukuh kepada pihak berkuasa.

Wan Junaidi berkata mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan sabotaj secara sengaja terhadap tempat tadahan air boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.

“Sabotaj ini merupakan kes serius dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang darurat kerana ia melibatkan lebih 2 juta pengguna air,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berharap isu pencemaran sungai berkenaan tidak dipolitikkan kerana sumber air merupakan keperluan utama orang ramai.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Zohdi berkata pencemaran yang berlaku semenjak beberapa bulan kebelakangan ini adalah disebabkan oleh kelemahan daripada segi penguatkuasaan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

"Saya tidak lihat ia elemen sabotaj, sebaliknya penguatkuasaan. Jika ada kilang-kilang haram, kita ada exco yang bertanggungjawab terhadap pemutihan kilang ini, jika ada penguatkuasaan yang tidak kuat.

"Untuk negeri, tanah ini dibawah kuasa kerajaan negeri. Penguatkuasaan kilang haram ini membabitkan pihak PBT," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana