Aziz Bari makin kerap tersasul....Melayu Dalam DAP memang Jadi BALACI

Kebelakangan ini Profesor Aziz Bari, yang dikatakan pakar perlembagaan kerap ‘tersasul’.

Tersasul atau sengaja bikin kontroversi untuk menarik perhatian orang ramai? Tidak dapat dipastikan.

Tempoh hari, Aziz menyamakan perlembagaan DAP dengan perlembagaan Persatuan Penduduk Seksyen 3 Shah Alam. Sebelum itu Aziz dan seorang peguam mengeluarkan kenya­taan bahawa Perdana Menteri boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Bagi Naib Presi­den Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, hujah Aziz dan peguam terbabit hanya bersandarkan peruntukan perlembagaan Perkara 160 Jadual 11 Seksyen 29 perenggan1 Tafsiran Am yang menyatakan kuasa melantik adalah kuasa yang memecat.

Bagaimanapun, kata beliau, kedua-duanya tidak mengambil kira perenggan 2 Seksyen 29 Perkara 160 berkenaan yang menyatakan pemecatan itu hendaklah dengan syarat kuasa yang membuat pelantikan itu telah mendapat syor atau cadangan atau persetujuan pihak berkuasa lain.

“Hujah kedua-dua ini disanggah atas fakta di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan 43 (1) bahawa baginda hendaklah terlebih dahulu melantik seorang Perdana Menteri yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Maksudnya, bagi menggunakan dan melaksanakan hematnya itu, baginda perlu mendapatkan konsensus daripada semua ahli Dewan Rakyat,” kata beliau.

Cheng Guan seterusnya meru­juk kepada Perkara 43 (4) iaitu jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka beliau hendaklah meletakkan jawatan.

“Ia membawa maksud kuasa memecat Perdana Menteri atau menamatkan khidmat seseorang penjawat jawatan itu adalah hak mutlak majoriti Ahli Parlimen,” katanya.

Bagi Perkara 43 (5) pula, menteri-menteri selain Perdana Menteri hendaklah meme­gang jawatan selama di­perkenankan Yang di-Pertuan Agong­ yang bermaksud:

Menteri dan je­maah menteri ber­khidmat di bawah hak dan kuasa per­kenan baginda ma­na­kala jawatan perdana menteri tidak di bawah hak dan kuasa perkenan Agong.

“Jika baginda tidak lagi berke­nan dengan mana-mana Ahli Jemaah Menteri untuk memegang jawatan, maka menteri itu harus meletakkan jawatannya. Hak dan kuasa undang-undang ini tidak terpakai kepada penjawat Perdana Menteri.

Di atas faktor-faktor itu, kata Cheng Guan, telah jelas dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mewartakan undang-undang berkaitan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam melantik dan memecat Perdana Menteri iaitu:

* Hak dan kuasa memilih seseorang penjawat Perdana Menteri ialah kuasa ahli Parlimen.

* Kuasa melantik Perdana Menteri ialah hak dan kuasa undang-undang Yang di-Pertuan Agong.

* Hak dan kuasa menamatkan perkhidmatan Perdana Menteri ialah ahli Parlimen.

* Prosiding penamatan khidmat penjawat jawatan Perdana Menteri ialah prosiding undi tidak percaya di Parlimen.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment