Apabila Bapa Perpecahan Melayu Berbicara Tentang Rasis…

Tidak dinafikan, pengaruh yang dibawa oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih ada sehingga hari ini. Ini dibuktikan dengan kewujudan gelombang penyokong setianya yang sehingga hari ini masih ada yang berselindung disebalik UMNO hanya semata-mata mahu menjahanamkan parti itu dari dalam.

Menyedari pengaruhnya masih kuat dalam Malaysia hari ini, Mahathir pantas bertindak menyerang kerajaan dengan dibantu oleh para pentaksubnya. Menariknya, hasil daripada tindakan khianatnya ini, maka lahirlah sebuah lagi parti politik berteraskan kaum Melayu di Malaysia iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Setelah berjaya menubuhkan parti serpihan UMNO sendiri, antara visi utamanya adalah mencari ahli dari kaum Melayu itu sendiri, sesuai dengan matlamat penubuhan parti berkenaan. Namun begitu, tidakkah Mahathir sedar bahawa dengan tertubuhnya parti baru ini telah menyumbang kepada krisis perpecahan dikalangan kaum Melayu sendiri.

Dalam hal ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pernah bertitah, Mahathir yang ada hari ini adalah Mahathir yang telah membawa kepada perpecahan di kalangan kaum Melayu itu sendiri. Namun begitu, semalam, Mahathir secara tiba-tiba melemparkan satu tuduhan baru kepada Datuk Seri Mohd Najib yang dakwanya sebagai seorang yang menyumbang kepada idealogi rasis di Malaysia.

Dakwanyanya, Datuk Seri Mohd Najib telah menyemarakkan perbezaan kaum dan agama dengan menggalakkan PAS untuk melaksanakan hukum hudud yang disifatkannya sebagai penyumbang kepada corak pemerintahan rasis. Persoalannya, adakah hudud akan turut mengheret mereka yang bukan Islam kedalam sistem perundangan ini?

Sejak dari awal lagi, Datuk Seri Mohd Najib dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, jika sistem hudud dilaksanakan di Malaysia, hanya umat Islam sahaja yang akan terlibat. Justeru, agak menghairankan, kenapa Mahathir seolah-olah cukup gerun apabila sistem perundangan Islam ini dilaksanakan?

Sepanjang pentabiran Datuk Seri Mohd Najib, semua kaum merasai nikmat kesuburan ekonomi Malaysia. Contoh paling jelas, bagaimana sistem Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang diberikan kepada semua kaum. Adakah ini rasis bagi Mahathir?

Sebenarnya, Mahathir sendiri harus mengakui bahawa beliaulah punca kepada perpecahan yang makin teruk dikalangan kaum Melayu di Malaysia hari ini. Beliau sendiri yang telah menjadi lidah bercabang yang menghasut kaum Melayu untuk membenci ketuanya sendiri yang nyata sekali berlainan sekali sewaktu beliau masih berkuasa.

Hari ini, Majlis Raja-Raja sendiri mengakui, cukup bimbang dengan perpecahan yang berlaku dikalangan kaum Melayu dan paling utama, antara penyumbang paling besar kepada perpecahan ini adalah idealogi politik bawaan Mahathir dan kuncu-kuncunya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana