Apa Hal Kau Nak Kecewa Plak!!!! PAN kecewa PAS enggan sertai himpunan jalanan

Parti serpihan, PAN (Parti Amanah Negara) kecewa kerana PAS enggan menyertai himpunan jalanan, BERSIH 5 bersama dengan parti pembangkang lain, PKR DAP dan PAN sendiri.

khalid samadMenurut Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad, kedegilan PAS itu sekaligus disifatkan sebagai PAS kini bukan lagi sebuah parti yang inklusif dan progresif.

“Keputusan PAS untuk tidak bersama dalam BERSIH 5 agak mendukacitakan. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa PAS sekarang tidak seperti PAS dahulu. PAS dahulu inklusif, progressif dan peduli. Sekarang ianya sebaliknya,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menegaskan parti itu tidak akan menyertai BERSIH 5 November nanti.

Kata Takiyuddin, BERSIH 5 mempunyai banyak matlamat lain yang dirasakan tidak selari dengan pendekatan parti Islam itu pada masa kini.

“Kita ada kaedah sendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang di bawa PAS sekarang,” kata Takiyuddin.

Mengulas lanjut, bagaimanapun Khalid berkata beliau yakin yang pihaknya mampu menarik bangsa Melayu khususnya untuk turun bersama menyertai demonstrasi tersebut.

“PAN kekalkan sifat inklusif, progressif dan peduli yang dulunya ada pada PAS. PAN akan menyertai BERSIH 5 dan akan berusaha mengisi peranan PAS walaupun hanya berusia setahun.

“InsyaAllah PAN yakin orang Melayu akan turun,” katanya bagi mengulas kehadiran bangsa Melayu yang dilihat kurang menyertai demonstrasi BERSIH 4 apabila tiada penyertaan dari PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana