Antara dua bajet... fantasi dan realiti

Mari kita teliti satu persatu bajet yang disediakan pembangkang pada tahun lepas

Fantasi Pembangkang - Dalam mukasurat 40, bajet pembangkang pada 2016, mereka mencadangkan agar pembinaan projek keretapi laju KL-Singapura sejumlah RM35 billion dibatalkan untuk membina lebuhraya dari Kuching ke Tawau.

Realiti BN - Projek Keretapi Laju KL-Singapura dimetrai pada 19 Julai 2016, manakala Lebuhraya Pan Borneo bernilai RM16 billion juga diteruskan oleh kerajaan BN.

Fantasi Pembangkang - Dalam mukasurat 23, pembangkang mahu menjimatkan RM1.5 billion menerusi program Strategi Lautan Biru, NBOS, NKRA dan NKEA

Realiti BN - Sepanjang tujuh tahun perlaksanaan NBOS, kerajaan telah jimat sejumlah RM1.3 billion. Manakala menerusi NKEA kerajaan telah hasilkan 1.5 juta pekerjaan baru,

Pendapatan perkapita rakyat meningkat dari AS$7,059 kepada AS$10,426. Daripada hanya AS$234.8 sahaja pada tahun 1960.

Fantasi Pembangkang - Dalam mukasurat 10, pembangkang tiada pelan yang komprehensif untuk tanggani kemiskinan rakyat. Hanya mahu kurang GST kepada 0%, selaraskan kadar cukai dan subsidi rakyat.

Realiti BN - Menerusi NKEA, 170 ribu golongan miskin dibawa keluar dari paras kemiskinan. Menurut Bank Dunia, paras kemiskinan turun menjadi 0.6% pada 2016 berbanding 3.8% pada 2009.

Fantasi Pembangkang - Dalam mukasurat ke 14, pembangkang mahu kurangkan GST jadi 0%. Ini bermakna sistem GST mahu dikekalkan dan ianya akan dinaikkan oleh pembangkang selepas itu sebagaimana yang pernah dilakukan di Singapura.

Realiti BN - BN tetap meletakkan kadar 6% GST dan tidak bercadang untuk menaikkan kadar GST sebagaimana yang difitnah pembangkang dalam PRN Sarawak dan beberapa PRK yang lepas.

Fantasi Pembangkang - Dalam mukasurat 10, pembangkang mahu meneruskan sistem BR1M yang diperkenalkan BN tetapi menukarkan cara pemberian dengan cara bekerja dan kehadiran ke sekolah.

Realiti BN - BR1M tetap diteruskan BN tanpa mengira parti dan bangsa. 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang mendapat manfaat daripada BR1M

 Fantasi Pembangkang - Dalam mukasurat 36, pembangkang mahu membekukan pengambilan penjawat awam baru dan berharap dapat berjimat 1% daripada emolumen kerajaan. Tidak juga umum bonus untuk 1.4 juta kakitangan awam

Realiti BN - BN tidak pernah menyatakan mahu hentikan pengambilan perjawatan baru. Malah gred perjawatan dan gaji kakitangan awam ditambah baik. Bonus diumum RM500.

Fantasi Pembangkang - Dalam mukasurat 45, pembangkang mahu membatalkan hutang 1MDB yang didakwa mereka bernilai RM50 billion. Maknanya, pembangkang mahu kekalkan 1MDB jika mereka memerintah.

Realiti BN - 1MDB menguruskan sendiri pelan rasionalisasi dan berjaya selesaikan RM42 billion hutang menerusi penjualan saham Edra Energy dan projek Bandar Malaysia.

Fantasi Pembangkang - Dalam mukasurat 14, pembangkang anggar menerusi sistem CGT dapat mengutip sejumlah RM3.5 billion dan mengandaikan dapat mengutip RM30 billion dengan menutup dan menghentikan program sedia ada.

Realiti BN - Menerusi GST kerajaan dapat mengutip RM51 billion pada Januari 2016. Jika ikut formula pembangkang negara akan kekurangan hasil berpuluh puluh billon dan membahayakan ekonomi negara.

Kali ini pembangkang masih belum mengeluarkan bajet bayangan mereka untuk 2017. Lagi 8 hari, bajet akan dibentangkan di parlimen.

Tun Mahathir mahu mansuhkan GST jika menang pada PRU14, dan mahu pemberian BR1M dihentikan. Mahathir juga mahu 1MDB ditutup.

Dalam bajet bayangan pembangkang yang disediakan oleh Rafizi Ramli pada 2016, tiga perkara ini iaitu GST, BR1M dan 1MDB mahu dikekalkan pembangkang.

Dengan kehadiran Parti PPBM dan Mahathir, pembangkang pastinya sukar hendak hasilkan  bajet bayangan 2017. Mahathir pula menentang ketiga tiga perkara ini.

Sudah ada banyak pendapat dan percanggahan dalam pembangkang sekarang. Hendak hasilkan bajet bayangan pun mereka sukar berpakat, apatah lagi mentadbir sebuah negara.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment