Annuar Musa Singkap "Rahsia" Mahathir Di Kedah

ALOR SETAR - Mengimbas kembali kelicikan Tun Dr Mahathir Mohamad, bermain politik di sebalik tabir, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan tentang "rahsia" pengalamannya berada di bawah tampuk pemerintahan bekas Perdana Menteri tersebut.

Annuar menceritakan tentang konspirasi menjatuhkan Allahyarham Tun Ghafar Baba yang menjadi mangsa politik Mahathir dengan menggerakkan "buah catur"nya, Tun Daim Zainuddin Tan Sri Sanusi Junid serta beberapa "kroni" bekas Presiden UMNO paling lama berkuasa itu.

"Kerana Tun (Mahathir), saya sokong (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Saya tinggalkan Pak (Tun) Ghafar terkapai-kapai dalam bertanding Timbalan Presiden di saat akhir.

"Tun Daim, Sanusi adalah di antara orang-orang yang terlibat dalam konspirasi untuk menolak Tun Ghafar ke tepi. Ini permainan politik peringkat tinggi yang melibatkan kami-kami semua. Hari ni saya buka sedikit latar belakangnya," cerita beliau di depan ribuan kepimpinan UMNO Kedah di sini, petang semalam.

"Saya dulu bukan suka sangat pada Anwar Ibrahim, tapi kerana Tun Mahathir, kita ikutlah, kita sokonglah.

"Ringkas cerita, tahun 1998.. hari Selasa dan hari Rabu Anwar Ibrahim melawat Perak, melawat Kelantan, melawat Melaka. Saya menteri yang terakhir yang mengiring Timbalan Perdana Menteri (Anwar).

"Hari Selasa itu makan tengahari di rumah Anwar Ibrahim, di rumah rasmi Timbalan Perdana Menteri. Rapat ikut dia ni..ikut dia sebab 'boss' (Tun Mahathir) suruh sokong, rapatlah dengan Anwar Ibrahim.

"Esoknya hari Rabu mesyuarat. Patutnya mesyuarat start pukul 9, pukul 9 Tun Mahathir tak masuk, Anwar tak masuk. 10 Mahathir tak masuk, Anwar tak masuk. 11 Mahathir dia tak masuk, Anwar tak masuk. Kami menteri-menteri pun dah hairan apa sebenarnya berlaku.

"11.30 lebih kurang baru Tun Mahathir masuk, Anwar masuk. Tak terhidu apa-apa pun, kami terus mengadakan mesyuarat kabinet. Habis mesyuarat kabinet petang saya balik ke Kelantan.

"Sampai di Kelantan, pemberita telefon. Datuk.. Datuk tahu ke tidak berita bahawa Timbalan Perdana Menteri telah dipecat. Saya nak jawab tak tahu pun, nampak bodoh sangat. Engkau menteri kawan kena pecat pun engkau tak tahu.

"Saya (pun) kata tahu..padahal saya tak tahu! Padahal dalam kabinet elok saja pagi tadi elok saja takde apa-apa pun. Dan pemberita biasalah dia ada soalan tambahan...Apa pendapat Datuk tentang pemecatan Timbalan Perdana Menteri? Nak jawab apa?

"Apa saya jawab? Itu adalah satu pemecatan yang sangat wajar sekali! Tak tahu kenapa kena pecat, bila pecat, dia tanya terus jawab 'wajar sekali'. Sebab apa? Yang penting saya berdiri teguh di belakang Dr Mahathir sebagai ketua saya pada masa itu.. endorse apa saja yang beliau putuskan!," katanya menceritakan tentang konsep kesetiaan pada Presiden UMNO yang didokong sejak di zaman Tun Mahathir tersebut.

Jelas beliau, keesokan harinya barulah beliau bertemu dengan Tun Mahathir dan mendapatkan maklumat tentang pemecatan Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Pun begitu, Annuar enggan bercerita lanjut ekoran tidak mahu mengaibkan sesiapa.

"Saya cuma nak kongsi apa yang saya tahu," ujar beliau di depan hadirin, semalam.

Tun Dr Mahathir terkenal sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman luas dan licik apabila berjaya menjatuhkan ramai seteru-seteru politik dalaman UMNO yang dikatakan menggugat kedudukan beliau di dalam parti itu sepanjang kekuasaannya.

Beliau telah berjaya menewaskan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) dalam satu pemilihan "epik" pucuk pimpinan UMNO pada tahun 1987 dengan kemenangan tipis 43 undi yang mencetus kontroversi.

Ekoran itu, keputusan tersebut telah dicabar di mahkamah oleh penyokong-penyokong Ku Li yang kemudian menyaksikan UMNO diharamkan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas yang dipecat Tun Mahathir selepas keputusan itu diputuskan mahkamah.

Selain Anwar, Tun Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri juga pernah memecat beberapa Timbalannya seperti Tun Musa Hitam, dan beberapa menteri kabinet yang tidak sehaluan dengan beliau turut disingkirkan. - Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana