Anak Allahyarham Nik Aziz Kecam Tindakan Muhyiddin Dan Pembangkang

Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengutuk dan mengecam keras tindakan memalukan wakil rakyat pembangkang yang membuat bising dan mengganggu pembentangan Bajet 2017 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau yang merupakan anak kepada bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata mana-mana Ahli Parlimen tidak berhak untuk mengganggu pembentangan bajet kerana ia membawa bersama agenda lebih besar demi kepentingan rakyat dan negara.

“Pembentangan bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk PM berucap membentangkan bajet.

“Tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan beliau yang penting itu walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli dewan yang lain supaya menjadi lebih profesional ketika membahaskan bajet berkenaan nanti.

Semalam, wakil rakyat pembangkang dari Pakatan Harapan membuat bising dan mengganggu perjalanan pembentangan dengan kata-kata kritikan dan cerca kepada Najib.

“Masa untuk Ahli Parlimen membahas dan menghujah bajet adalah selepas ini.

“Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua ahli parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional yang hujungnya mematikan masa dan peluang ahli-ahli parlimen yang di giliran akhir mengambil bahagian perbahasan dengan sempurna,” menurut kenyataan itu.

Ahli Parlimen yang mewakili Pakatan Harapan dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bertindak keluar dewan setelah mereka diminta keluar oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, setelah mereka sengaja membuat bising, mengganggu Mohd Najib membentang Bajet 2017, semalam.

Walau bagaimanapun, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal kekal di dalam dewan sehingga pembentangan Bajet 2017 selesai.

Semua Ahli Parlimen PAS turut kekal memberi tumpuan pada pembentangan yang dibuat oleh Mohd Najib, kecuali Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang difahamkan cenderung menyokong Pakatan Harapan berbanding kepimpinan dan partinya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana