Amaran Keras PAS Pahang : Jika PKR Gagal Kawal DAP & PAN, Bersedia Tanding Tiga Penjuru

PAS Pahang memberi amaran keras kepada PKR, jika parti Keadilan itu gagal mengawal DAP dan PAN yang bersekutu dalam Pakatan Harapan, maka bersiap sedialah pertandingan tiga penjuru atau lebih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Kata dua itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar dalam satu kenyataan media hari ini.

“PAS bukan sahaja bersedia untuk bertanding 3 penjuru, malahan beberapa penjuru sekali pun dan inilah juga kesediaan di peringkat akar umbi PAS, PAS nekad untuk bertegas apatah lagi setelah pengerusi DAP Pahang mengeluarkan kenyataan menghina kepimpinan PAS dan menghalau PAS keluar dari bumi Pahang dalam ucapannya di Raub baru-baru ini.

“Kenyataan ini sangat menghiris hati ahli PAS,”katanya.

Ustaz Rosli berkata demikian sebagai mengulas kenyataan biadap Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah yang disiarkan akhbar Sin Chew Jit Poh 10 Oktober.

Dalam kenyataan itu, DAP Pahang telah menghalau PAS agar kembali semula ke Kelantan yang didakwanya parti yang melakukan ‘pengkhianatan’ apabila mahu meneruskan agenda Negara Islam dan hukum hudud.

Mengulas kenyataan itu Ustaz Rosli berkata PAS tiada hubungan dengan DAP, namun jika rakan tahaluf siasi PAS yakni PKR gagal mengawal rakan sekutunya, sama ada DAP atau PAN dalam soal pembahagian kerusi hingga bertanding di kawasan kerusi milik parti Islam, maka pada ketika itu hubungan PAS dengan PKR juga akan turut terputus.

“PAS tidak mungkin akan menerima Pakatan Harapan selagi di dalamnya ada DAP dan PAN. Walaupun di dalamnya ada PKR yang sangat mesra dengan PAN, tapi masih bertahaluf dengan PAS, PAS tidak mungkin akan bertolak ansur untuk membenarkan Pakatan Harapan bertanding di kerusi PAS.

“PKR dan DAP boleh berbincang sesama mereka untuk memberikan kerusi mereka kepada PAN, bukan ambil kerusi PAS, PAS tidak akan bertanding di kerusi PKR bertanding, namun PAS Pahang tegaskan sekali lagi bahawa PAS Pahang akan bertanding di mana-mana kerusi sekalipun termasuk kerusi yang ditandingi PKR jika ada salah satu kerusi PAS dicerobohi oleh Pakatan Harapan,”katanya.

Beliau menegaskan PAS Pahang tidak akan menyerahkan walau satu pun kerusi yang ditandingi pada PRU 13 kepada mana-mana komponen Pakatan Harapan.

“Kerusi yang ditandingi PAS pada PRU 13 yang lalu adalah hasil muafakat dalam Pakatan Rakyat. Kini PAS dan PKR masih lagi berada di dalam Pakatan Rakyat, maka semua kerusi antara PAS dan PKR adalah berdasar kepada status quo.

“Namun suasana politik terkini memungkinkan Pakatan Harapan akan bertanding di kerusi PAS melalui komponennya sama ada PAN atau DAP.

“PAS Pahang menegaskan bahawa jika sekiranya Pakatan Harapan bertanding di kerusi PAS bertanding, PAS Pahang juga akan meletakkan calonnya termasuk di kerusi PKR bertanding.

“Kerana PKR adalah komponen Pakatan Harapan, maka diharapkan PKR dapat berbincang sebaik mungkin untuk rakan-rakan Pakatannya tidak menganggu kerusi PAS bertanding.

“Keputusan ini telah dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Pahang baru-baru ini, kerana jentera PAS telah bekerja di setiap DUN PAS bertanding sejak bertahun lalu dan lebih agresif lagi apabila hampir pilihanraya.

“Jika PAS menarik diri untuk memberi laluan kepada Pakatan Harapan pasti akan melemahkan jentera pilihan raya PAS yang kini sedang bersemangat untuk menghadapi PRU 14,”katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana