Alhamdulilah!!!!! Bajet 2017: Lebih banyak ruang meniaga untuk Bumiputera

Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu depan diharap dapat menyediakan peruntukan bagi memperbanyakkan ruang berniaga khususnya kepada kaum bumiputera di negara ini.

Pengerusi Perbada­nan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata, masalah kekurangan tempat berniaga masih menjadi isu terutamanya melibatkan peniaga kecil dan sederhana yang tidak mampu memiliki kedai atau bangunan sendiri.

Menurutnya, walaupun banyak bangunan serta kedai untuk menjalankan perniagaan diwujudkan oleh kerajaan, namun tidak semua peniaga kecil dan sederhana mampu membelinya disebabkan harga hartanah yang meningkat saban tahun.

‘‘Sehubungan itu, kerajaan perlu memberi fokus terhadap usaha memperbanyakkan ruang berniaga mampu milik sama ada kos rendah atau sederhana bagi memberi peluang kepada kumpulan sasaran ini meningkatkan ekonomi mereka.

‘‘Dengan usaha ini, ia akan membantu peniaga-peniaga bumiputera di samping mencapai sasaran pemilikan hartanah perniagaan oleh bumiputera yang masih di tahap rendah,’’ katanya.

Mohd. Ali berkata, selain bajet daripada kerajaan Persekutuan, beliau turut mencadangkan syarikat milik kerajaan seperti Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera membeli rumah-rumah kedai atau bangunan perniagaan kuota bumiputera dan menyewakannya dengan harga berpatutan.

‘‘Ini juga dilihat dapat membantu kumpulan peniaga bumiputera yang baharu berkecimpung dalam dunia perniagaan yang kebiasaannya tidak mempunyai modal besar.

‘‘Apabila peniaga-peniaga kecil dan sederhana ini meningkat maju dan mampu berdikari kelak, peniaga tersebut berpeluang pula untuk membeli sendiri lot kedai yang disewakan itu, seterusnya memperbesarkan lagi perniagaannya,’’ kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana