Al kisah... Shafie Afdal dan parti barunya...

Kelulusan Parti Baharu dengan nama Parti Warisan Sabah Baharu yang diketuai oleh Datuk Seri Shafie Apdal dilihat tidak sedikit pun menganggu kekuatan Umno dan BN di Sabah. Malahan penubuhan Parti baharu Shafie tersebut dilihat adalah satu kelebihan dan rahmat buat UMNO dan BN di Sabah.

Umum mengetahui yang terjejas dengan tindakan Shafie adalah parti PKR dan DAP, di mana hampir kesemua pimpinan tertinggi PKR dan DAP telah meninggalkan parti tersebut dan menyertai Shafie.

Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin pula telah menubuhkan Parti Baharu.

Shafie ketika ini dilihat cuba menjadi juara bagi rakyat Sabah tetapi Shafie sebenarnya terlupa banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh Shafie kepada rakyat Sabah.
Shafie sebelum ini mempunyai mempunyai peluang yang amat besar untuk membantu rakyat di Sabah terutamanya apabila beliau mengetuai Kementerian Kemajuan Luar Wilayah yang telah diberi tanggungjawab menyelesaikan kemudahan Infrastruktur rakyat sebagai contoh jalan, elektrik dan sebagainya malangnya Shafie telah gagal berbuat demikian.

Meskipun anggaran peruntukan sehingga 3 ke 5 billion dalam masa setahun telah diperuntukkan kepada Kementerian yang diterajui oleh Shafie sebelum ini namun jelas kelihatan masih banyak lagi jalan jalan kampung yang perlu kepada pembaikan khususnya di luar bandar.

Jika Shafie memperuntukkan 30 peratus sahaja peruntukan dalam setahun untuk pembaikan jalan jalan kampung, saya berkeyakinan kesemua jalan jalan di luar bandar ketika ini akan dapat diatasi ketika ini.

Sememangnya diakui Kerajaan Negeri Sabah juga mempunyai tanggungjawab yang tersendiri khususnya di bawah Kementerian Luar Bandar Sabah dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur untuk mengatasi kesemua kemudahan infrastruktur rakyat tersebut, terutamanya yang melibatkan jalan raya dan sebagainya namun sebagai sebuah negeri yang bersama sama membentuk Malaysia adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan turut membantu menyelesaikan masalah ini terutama sekali di dalam kerangka Malaysia menuju sebagai negera maju menjelang tahun 2020.

Sepanjang Shafie menjadi Menteri KKLW jelas kelihatan Shafie tidak pernah membuat lawatan ke daerah daerah di seluruh Sabah bagi melihat sendiri apakah bantuan yang sewajarnya perlu diberikan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat namun yang menghairankan selepas digugurkan dari jawatan Menteri KKLW, Shafie telah pergi daerah ke daerah di seluruh Sabah berceramah kononnya Shafie akan cuba menyelesaikan masalah rakyat rakyat ini jelas adalah satu pembohongan kepada rakyat khususnya di negeri Sabah .

Lebih malang lagi banyak peruntukan KKLW yang diketuai oleh Shafie sebelum ini  tidak disalurkan terus kepada agensi kerajaan negeri sehingga menyebabkan banyak kerja yang sepatutnya perlu diselesaikan tidak diselesaikan.

Sepatutnya sebagai Menteri dari Sabah yang megetuai KKLW pada masa dahulu peruntukan secara terus kepada agensi kerajaan negeri terutama pejabat pejabat daerah di seluruh Sabah diberikan keutamaan namun Shafie telah gagal berbuat demikian.

Membelakangkan Pejabat Pejabat Daerah bererti membelakangkan rakyat di seluruh negeri Sabah kerana Pejabat Pejabat Daerah  mempunyai maklumat yang tepat kemudahan infrastruktur yang perlu kepada pembaikan segera. Malahan Pejabat Daerah mempunyai jawatan Majlis Tindakan Daerah bagi mengenal pasti setiap masalah rakyat.

Justeru tindakan Shafie yang kononnya ingin bersuara bagi pihak rakyat Sabah sebenarnya sekadar retorik dan hanya mahu melepaskan dendam terhadap Barisan Nasional di Sabah yang telah banyak memberikan budi kepada Shafie sebelum ini.

Apa yang dimiliki oleh Shafie ketika ini adalah atas jasa dan budi Barisan Nasional kepadanya dan rakyat tentu bijak menilai siapa Shafie sebenarnya.

Sekian.

Yang benar

DATUK ZULKARNAIN MAHDAR
PENGERUSI
GERAKAN AKAR UMBI UMNO MALAYSIA @ GAUM &
PAKATAN NGO PRO BN

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana