Aktivis PAS Tuntut Penjelasan Iskandar Kenapa Sokong Muhyiddin Jadi Orang Tengah

Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman menuntut penjelasan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad kenapa beliau kelihatan begitu teruja menyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi ‘orang tengah’ di antara Pakatan Harapan (PH) untuk berunding dengan PAS.

“PAS ada tahaluf siyasi dengan PKR. Kalau PKR jadi orang tengah antara GAGASAN dan PH tu boleh tahanlah jugak.

“Ini sokong PPBM yang kita tahu tak ada tahaluf siyasi, parti pecahan UMNO, pernah kata PAS parti ajaran sesat dan bersekongkol dengan Tun M sebagai orang tengah?

“Mohon Iskandar jelaskan sikit,” kata Huzir dalam Facebook hari ini.

Huzir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Iskandar kepada FMT semalam yang menyokong Muhyiddin sebagai pengantara yang mengelak perlawanan 3 penjuru dengan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Iskandar berkata bekas timbalan perdana menteri itu juga dilihat boleh menjadi penghubung di antara Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan.

Katanya, beliau tidak melihat PAS akan bersama Pakatan Harapan selagi DAP yang turut menjadi parti komponen di dalamnya masih menentang dasar perjuangan parti Islam itu, atau PAN terus menyerang PAS.

“Muhyiddin boleh menjadi pengantara dalam rundingan untuk mengelak pertandingan 3 penjuru. Beliau boleh menjadi penghubung antara Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan,” katanya kepada portal itu.

Mengulas kenyataan itu, Huzir bertanya adakah kenyataan Iskandar itu merupakan kenyataan peribadi atau kenyataan rasmi parti.

“Keputusan parti atau keputusan peribadi? Keputusan peribadi ada hikmahnya juga bila ditegur lebih-lebih lagi buat kenyataan terbuka.

“Tunjukkan bukti kenyataan Iskandar itu keputusan PAS Pusat. Mana kenyataan rasmi yang kononnya keputusan parti? Selagi tidak ada, ia pandangan peribadi.

“Dalam soal ini janganla buat kenyataan peribadi secara terbuka lebih-lebih lagi dalam soal ini, dari orang yang pernah kata PAS parti ajaran sesat,”katanya.

“Terbukti kerana kuasa, ia mengatasi segala-galanya. Beza antara PKR dan Bersatu adalah, satu sudah diluluskan tahaluf siyasinya. Satu lagi tidak.

“Kena ikut peraturan dan nasihat MSU. Jangan suka-suka keluar kenyataan peribadi tanpa kenyataan rasmi dari MSU dan PAS Pusat.

“Oleh kerana Iskandar dah keluar kenyataan terbuka, post ini tidak boleh ditarik balik. Suruh Iskandar tarik balik dululah,” kata Huzir lagi.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana