Akta 355: Campur tangan Majlis Gereja Malaysia sama seperti penjajah

Tindakan Majlis Gereja Malaysia (CCM) yang campur tangan dalam isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, adalah sama dengan perbuatan penjajah.

Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Hazizi Abd Rahman berkata, CCM dilihat mahu memainkan semula peranan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris yang telah lama meninggalkan negara ini.

Katanya, dahulu penjajah berjaya membuang undang-undang Syariah daripada kehidupan masyarakat Islam, kecuali hal ehwal peribadi dan keluarga.

“Kali ini CCM pula berlagak seperti penjajah yang mahu mengekang kemahuan masyarakat Islam untuk berhukum kepada undang-undang yang murni bagi diri mereka sendiri,” katanya kepada Ismaweb hari ini.

Beliau berkata demikian menempelak kenyataan CCM yang menuduh usaha Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengusulkan pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat adalah cara radikal bagi menulis semula Perlembagaan Negara.

CCM juga telah meminta ketua-ketua parti politik membenarkan wakil rakyat masing-masing bebas mengundi usul pindaan akta itu mengikut suara hati masing-masing di Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, Ustaz Hazizi menggesa CCM menghentikan segera tindakan ala penjajah ini dan tidak perlu mencampuri urusan agama Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

“Penjajahan mana-mana negara mesti ditamatkan dan penjajah hendaklah kembali ke negara mereka,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana