Akibat fitnah... pemimpin PAN bakal muflis

Akibat memfitnah, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman dan syarikat Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. terpaksa membayar ganti rugi RM350,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam yang menolak permohonan Mazlan dan selaku plaintif untuk menangguhkan perintah pembayaran ganti rugi itu selepas mendapati permohonan itu tidak mempunyai merit.

Pada 29 Mei 2015, mahkamah memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise, yang menerbitkan buku "FELDA...Dulu Tolong Sekarang Ah Long" membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk berjumlah RM350,000 serta kos guaman sebanyak RM150,000 kepada Felda.

Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu pada 20 Julai 2009 dan mendakwa, buku itu menggambarkan Felda bakal mengaut keuntungan yang banyak sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya akibat salah laku plaintif, dan mereka dijadikan seperti hamba abdi ekoran dasar Felda yang didakwa menindas.

Felda juga mendakwa kandungan buku itu berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi Felda bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat.

Pada Selasa, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu membuat rayuan supaya orang ramai menderma untuk membantu Mazlan membayar ganti rugi pada Felda.

Menurutnya derma itu penting untuk mengelak daripada berdepan kemungkinan diisytiharkan muflis.

"Beberapa tindakan undang-undang diambil ke atasnya dan tindakan saman yang akhirnya menyebabkan beliau telah diminta membayar tuntutan sebanyak RM500,000 semata-mata kerana tulisannya.

"Sekiranya Mazlan tidak dapat mencari wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan. Dengan itu kami hadir merayu kepada orang ramai untuk membantu beliau," kata Mat Sabu dalam sidang media Solidariti buat Mazlan Aliman.

Dia tulis dengan bermaksud menjatuhkan FELDA, Mat Sabu kau pergilah suruh bapa angkat kau LGE bayar, sudah berak mahu orang lain cuci.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana