Air Selangor: Dari Sabotaj, Bau Sg Semantan, Dah Ke Pencemaran Di Nilai Pulak

BAJET 2017 yang menggembirakan rakyat telah selesai dibentangkan.  Pelbagai berita gembira untuk rakyat, dari kenaikan elaun imam, BR1M naik dan GST tak naik, sehinggalah kepada isu-isu lain.

Dalam masa yang sama, berita gembira ini sedikit tercemar apabila tujuh kali dah bekalan air di Selangor terganggu bulan ini saja.  Seperti mana biasa, nak terganggu tu sekejap je, nak kembali semula bekalan, berhari-hari baru selesai – itupun tak lama selepas itu, putus bailk!!

Menariknya, dalam semua kes penutupan loji rawatan air ini,  kerajaan negeri Selangor nampaknya tak terlibat walaupun mengikut undang-undang, sumber air dibawah tanggungjawab kerajaan negeri.

Ada salah sabotaj oleh kakitangan Syabas (siapa entah, senyap macam itu saja), ada salah Sg Semantan dan terbaru ni, di dakwa pencemaran dari Nilai pulak yang jadi puncanya.

Hairannya, dengan bagaimana Nilai yang berada di Negeri Sembilan, jadi punca pencemaran di Selangor?  Ikutkan logik, baik Negeri Sembilan ada masalah air dulu, ini tidak ada berita pun masalah air di Negeri Sembilan, tapi seluruh kawasan dalam Kuala Langat di Selangor dapat masalah air?

Asyik orang lain saja yang salah, sendiri tak salah ni apa kes?  Sampai bila pun masalah tak selesai macam ini, semuanya salah orang lain.  Baru satu hal dalam satu negeri, belum cerita satu masalah negara.

Datuk Seri Najib Tun Razak dah cakap soal nak bina landasan keretapi laju, buat lebuhraya percuma di Sabah/Sarawak dan sebagainya, tapi Selangor masih terkial-kial nak selesaikan masalah air.

Tahun depan, ramai menccadangkanlah agar masalah air Selangor ini dimasukkan dalam Bajet 2018 untuk diselesaikan oleh kerajaan persekutuan

Hanya dengan cara itu sajalah masalah air di Selangor boleh diselesaikan tanpa menunggu kiamat berlaku dulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana