Ahli Parlimen PAS Tidak Ikut Tinggalkan Dewan Rakyat

AHLI Parlimen Pembangkang sekali lagi membuktikan bahawa mereka merupakan pemimpin yang tidak bertamadun dan tidak bermoral apabila bertindak menganggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017.

Sehubungan itu Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan mereka menghentikan tindakan provokasi tersebut. Memandangkan mereka enggan berbuat demikian maka Pandikar mencadangkan kepada pembangkang yang tidak mahu terus mendengar pembentangan Bajet 2017 dipersilakan keluar.

Boleh dikatakan semua ahli parlimen pembangkang keluar dari dewan kecuali ahli parlimen PAS. Nampaknya dikalangan pembangkang hanya ahli parlimen PAS yang masih tahu menjaga adab di dalam Dewan Rakyat yang mulia.

Setelah itu, Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan pembentangan Bajet 2017 tanpa gangguan lagi dari ahli parlimen pembangkang.

Bajet 2017 menekankan perbelanjaan inklusif berhemah ke arah mensejahterakan kehidupan seluruh rakyat ketika mendepani cabaran ekonomi yang diuji ketidaktentuan di peringkat global.

Berpaksikan tema ‘Menjamin Perpaduan & Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’, Najib yang juga Menteri Kewangan, mengusulkan beberapa langkah dan strategi utama untuk menangani cabaran-cabaran itu.

Bajet 2017 mencadangkan sejumlah peruntukan RM260.8 bilion iaitu RM214.8 bilion untuk belanja mengurus dan RM46 bilion untuk belanja pembangunan. Jumlah itu tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.

Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya mempertahankan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada purata enam peratus setahun. Ini merupakan pembentangan bajet kelapan bagi Najib sejak menyandang jawatan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana