ADUN DAP Diperbodohkan Oleh Facebooker

Jemputan daripada pembantu isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansur terhadap Yeo Bin Yin, ADUN DAP Damansara Utama untuk melihat sendiri corak pengurusan Program Permata semalam telah menimbulkan sedikit perkara yang melucukan dan tidak disangka oleh Yeo.

Manakan tidak, semasa sidang media yang berlangsung selepas melawat sendiri perjalanan program ini, mereka diajukan dengan soalan yang langsung tidak dijangka-jangka. Seorang Facebooker yang juga penggiat media politik yang dikenali sebagai Mazita dilihat bertanya sendiri dengan Yeo mengenai sikap pembangkang yang sentiasa mengganggu usaha kerajaan.

Katanya, dia hairan, kenapa pihak pembangkang selalu sahaja dilihat cuba merosakkan perkara yang baik dengan melemparkan pelbagai dakyah palsu dan fitnah hanya semata-mata mahu mendapat political milage.

Persoalan ini pantas dijawab Yeo yang menegaskan, apa yang mereka lakukan hanyalah dari segi perspektif politik dimana, mereka juga ada mengemukakan cadangan untuk penambah baikan program berkenaan.

Namun, ketika diasak dengan kenyataan bahawa program Permata ini turut menerima anak-anak dari kaum lain, terutamanya dari SJKC turut dihantar kedalam program berkenaan, ADUN-ADUN DAP yang turut hadir menemani Yeo kelihatan terkejut dan tidak tahu mengenainya.

Malah, ADUN DAP Serdang, Ong Kian Ming mempersoalkan bagaimana Facebooker seperti Mazita boleh tahu mengenaninya sedangkan mereka tidak diberitahu. Persoalan ini mudah dijawab oleh wakil Permata yang turut hadir pada sidang media berkenaan kerana semua penjelasan termasuk pengambilan murid telah disebarkan menerusi laman web Permata dan salinan laporan yang diiberikan kepada dua orang ADUN DAP berkenaan.

Dari sini kita dapat melihat bagaimana ADUN-ADUN DAP berkenaan hanya tahu untuk menuduh dan mempertikaikan banyak perkara tentang Permata sedangkan segala persoalan yang mereka timbulkan telah di letakkan dalam laman web Permata. Nyata sekali, pengetahuan pemngamal media Facebooker seperti Mazita ini jauh lebih matang dari ADUN-ADUN DAP yang hadir.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Mazita diatas keberanian beliau menempelak ADUN-ADUN DAP berkenaan sehingga dilihat tergagap-gagap untuk menjawab persoalan yang dikemukakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana