Admin Tabik Dengan Najib....Tindakan Penyitaan Aset Dan Akaun Majikan Yang Menggajikan Atau Melindungi PATI Bermula Hari Ini

Georgetown: Majikan degil yang terus menggajikan atau melindungi pekerja asing tanpa izin (PATI) bakal berdepan tindakan tegas apabila Jabatan Imigresen mengambil tindakan penyitaan aset dan akaun majikan berkuatkuasa esok (hari ini).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya sebelum ini sudah memberi tempoh masa panjang kepada majikan untuk mematuhi selain memahami dan menghayati pelaksanaan undang-undang bakal dikenakan.

Beliau berkata, satu garis panduan diperuntukkan mengikut penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Pasport 1966, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011 (AMLA).

Katanya, tindakan akan diambil mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan akta berkenaan boleh dikuatkuasa untuk membeku atau menyita aset akaun majikan yang didapati bersalah.

“Mulai esok (hari ini) tindakan penguat kuasaan akan dilaksanakan sepenuhnya oleh semua pegawai penguat kuasa dan tiada tolak ansur diberikan selain satu siasatan rapi akan dibuat sebelum sebarang tindakan diambil.

“Kesalahan yang dilakukan cukup serius dan semua pihak harus mematuhi arahan yang diberikan dan mana-mana majikan atau pekerja industri yang masih degil akan berdepan tindakan,” katanya.-HM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana