ADa Nampak Semua....Shafie Apdal Beri Reaksi Berbeza Isu Rasuah 3.3bilion Dan 1MDB

MASIH ingatkah bagaimana bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal mengelupur dalam isu 1Malaysia Development Berhad(1MDB) dengan berpihak kepada “mastermind” propaganda singkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun dalam isu penyelewengan membabitkan peruntukan persekutuan untuk Jabatan Air Sabah bernilai RM3.3 bilion berlainan pula reaksi beliau.

Shafie Apdal mempersoalkan kalangan mereka yang menuding jari kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa tempoh beliau menerajuinya berhubung dakwaan penyelewengan tersebut.

“Ia agak membingungkan dan melucukan bahawa pihak berkuasa negeri berada dalam tergesa-gesa untuk mengaku mereka tidak bersalah kepada umum dan mengalihkan kesalahan itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah apabila siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berterusan.

“Membuat kenyataan kepada umum seperti itu seolah-olah menunjukkan bahawa pihak berkuasa negeri tidak menghormati dan tidak yakin terhadap proses siasatan oleh SPRM,” ujar Shafie dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengenai projek berjumlah RM3.3 bilion itu susulan tangkapan beberapa dua pegawai kanan kerajaan negeri atas dakwaan rasuah.

“Ia menunjukkan projek ini telah dianugerahkan pada tahun 2010, sepanjang tempoh saya sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ia juga menunjukkan bahawa projek tidak dikendalikan oleh kementerian,” tambah Shafie.

Pairin juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri.

“Saya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini kerana saya percaya kita tidak boleh mengganggu atau dilihat untuk mengganggu siasatan yang sedang berjalan dengan membuat kenyataan umum dan rayuan tidak bersalah bagi memastikan integriti siasatan oleh SPRM tidak terjejas,” kata Shafie.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana