Trump Berjanji Iktiraf Baitulmaqdis Milik Mutlak Israel Jika Menang Presiden AS...Orang Kafir Tak Boleh Pegang Janji...Ingat Tu

Negara-negara Islam di seluruh dunia pasti akan mengikut rapat dan memantau dengan rapi calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Republican Donald Trump selepas dia membuat kenyataan yang begitu berbahaya buat masa depan negara Palestin.

Dia membuat satu janji semalam dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk memberi iktiraf kepada Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel tanpa dikongsi dengan sesiapapun, sekiranya beliau berjaya dalam pemilihan Presiden AS.

Netanyahu bertemu Trump di kediamannya di Trump Tower sehari sebelum Trump berentap melawan pesaing parti Demokratik Hillary Clinton bagi debat Presiden pertama mereka, lapor AFP.

“Trump sedia maklum bahawa Jerusalem (Baitulmaqdis) telah menjadi ibu kota kepada orang Yahudi lebih daripada 3,000 tahun.

“AS di bawah pemerintahan Trump, akan menerima mandat kongres yang selama ini tertangguh untuk menerima dan mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota yang tidak terbahagi dalam wilayah Israel,” ujar beliau dalam sebuah kenyataan kempen.

Mengikut sejarah, Israel secara haram telah menawan timur Baitulmaqdis ketika perang Arab-Israel pada tahun 1967 dan membuat penambahan pada tahun 1980, serta mengisytiharkan seluruh wilayah suci Islam itu sebagai ibu kota penyatuan Israel.

AS dan kebanyakan negara dari keahlian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengiktiraf pemilikan tersebut dan menganggap status akhir Baitulmaqdis sebagai isu utama yang perlu diselesaikan dalam rundingan damai bersama Palestin.

Kongres AS telah meluluskan undang-undang pada Oktober 1995 yang memohon supaya Baitulmaqdis diiktiraf sebagai ibu kota Israel, selain meluluskan dana untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Namun, tiada Presiden AS, baik dari parti Demokratik mahupun Republican, yang sudah melaksanakan undang-undang tersebut kerana menganggap ia di luar cabang eksekutif tentang polisi asing.

Pejabat Netanyahu telah mengeluarkan kenyataan mengenai pertemuan dengan Trump yang berlangsung selama kira-kira satu jam tersebut, namun tidak menyebut tentang janji Trump.

“Netanyahu telah berbincang bersama Trump berkenaaan isu-isu berkaitan keselamatan Israel dan usaha-usaha bagi mencapai kestabilan dan keamanan di Asia Barat,” ujar beliau.

Kenyataan Trump pula menyatakan, pihaknya telah berjanji kepada Netanyahu bahawa AS akan membekalkan Israel dengan ‘strategi luar biasa, kerjasama teknologi dan tentera’ sekiranya beliau dipilih sebagai Presiden.

“Trump telah mengakui Israel sebagai rakan kerjasama yang penting bagi AS dalam peperangan menentang keganasan kumpulan radikal.

“Mereka berbincang mengenai urus janji nuklear bersama Iran, perlawanan menentang ISIS dan isu-isu keselamatan serantau,” tambahnya lagi.

Nampaknya awal-awal lagi belum pun menang, Trump sudah cuba menempatkan dirinya sebagai seorang calon Presiden yang terang-terang pro-Israel sekiranya dipilih nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana