Tony Fernandes Nafi Sokong Skim Cepat Kaya

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes menafikan bahawa beliau menyokong skim cepat kaya yang mendakwa beliau telah mendedahkan rahsia mengaut sejumlah AS$300 (RM1,240) sehari dari rumah.
"Ya semuanya palsu. Saya tiada sebarang kaitan dengan ini," katanya kepada The Star Online, Isnin.

AirASia dalam satu kenyataan pada Isnin menyatakan bahawa Fernandes tidak menyokong iklan tersebut dan menggesa orang ramai daripada membuat perkongsian iklan itu.

"Kami merujuk kepada iklan penajaan di Facebook dan platform media sosial lain bertajuk 'Tony Fernandes Dedah Trik Kerja Mudah Di Rumah (Tinggalkan kerja anda dalam masa 30 hari!)'.

"Kami ingin menjelaskan bahawa sama ada Tony Fernandes atau AirAsia tidak mempunyai kaitan atau menyokong mana-mana akaun media sosial atau laman web yang membuat tuntutan itu, dan menggesa orang ramai untuk mengabaikannya," meurut kenyataan tersebut.

Air Asia juga menggesa orang ramai supaya merujuk kepada saluran media sosial rasmi atau lain-lain sumber berita yang boleh dipercayai jika mereka ingin tahu lebih lanjut mengenai Fernandes atau AirAsia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana