Tengku Adnan ucap ' best of luck' pada Shafie Apdal

'Good luck and best of luck', kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai langkah  bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal untuk menerajui satu parti baharu dengan mengambil alih parti politik sedia ada di Sabah.

Katanya bekas pemimpin berpaling tadah dan menubuhkan parti baharu bukan sesuatu yang asing bagi BN dan UMNO.

"Saya percaya selagi kita (UMNO dan BN) bersatu padu dan setia terhadap presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita tidak perlu risau situasi begini",katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada wartawan selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak, Ahad.
Tengku Adnan kata BN dan UMNO tidak terancam dengan langkah Shafie.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata UMNO yang ditubuhkan pada 1946 merupakan sebuah parti yang mempunyai struktur yang kukuh.

"Sepanjang 70 tahun penubuhannya, UMNO berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan akibat kealpaan dan perbezaan pendapat yang berlaku dalam kalangan anggota.

"Bukan sekali kita dikhianati, bukan sekali pemimpin kita berpaling tadah dan menubuhkan parti baharu, banyak kali. Malah, kita terpaksa memikul masalah legasi terdahulu," katanya.

Selain itu, Tengku Adnan berkata semua anggota parti perlu mengekalkan semangat BN yang merupakan tunjang utama kekuatan parti itu.

"Contohnya ketika UMNO lemah pada pilihan raya umum 1999, undi Cina dan India menjadi penyelamat. Itu sebab kita kena kekalkan semangat BN pada semua...daripada pelbagai kaum," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana