Sultan Johor Sifatkan Mahathir Sebagai Orang Tua Hilang Akal?Madey Zaman PM..Hilangkan Kuasa Raja

Ketika Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah pada majlis minum petang bersama 50 pemimpin persatuan Cina di Istana Besar di Johor Baru, Baginda ada menyebut jangan hiraukan orang tua hilang akal dalam titah baginda. Walaupun tidak menyebut nama secara terus, dari tutur kata baginda Sultan, kenyataan orang tua hilang akal ini ditujukan kepada Penasihat PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Andaian ini bukan andaian kosong kerana sejarah konflik yang tercipta antara Mahathir dan institusi Istana Johor bukanlah perkara baru. Malah, bulan lalu, Mahathir secara terbuka meminta maaf kepada Kesultanan Johor atas segala kesalahan yang telah beliau lakukan kepada Almarhum ayahanda Sultan Ibrahim.

Disebalik permohonan maaf ini, Mahathir menimbulkan kemurkaan baginda Sultan dengan mempertikaikan istilah Bangsa Johor yang beliau sifatkan sebagai penyumbang kepada perpecahan rakyat Malaysia. Kenyataan ini diselar baginda Sultan yang menyifatkan, Mahathirlah punca kepada perpecahan yang berlaku hari ini.

Baginda bertitah, kewujudan istilah Bangsa Johor ini telah wujud sejak 1920 lagi, jauh lebih awal daripada tahun kelahiran Mahathir dan baginda tidak faham, apa rasionalnya Mahathir mempertikaikan istilah berkenaan dan menuduh istilah ini sebagai penyumbang kepada perpecahan.

Dalam titah baginda pada majlis minum petang berkenaan, baginda bertitah, “Bukankah penyatuan pelbagai kaum bawah satu bangsa itu menghasilkan perpaduan? Bukankah perbalahan politik yang membawa perpecahan (antara rakyat)? Justeru, jangan kita hirau orang tua yang seakan hilang akal ini”.

Titah baginda lagi, “Apa yang penting, menurut Sultan Ibrahim, adalah bagi penduduk Johor berbangga menjadi bangsa Johor yang bersatu padu dan setiasa menjaga hubungan harmoni antara kaum dan agama yang berbeza.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana