Sokong Lah Lagi Pakatan Dalam Selangor...24,000 kontraktor kelas F bakal gulung tikar

Dalam kerajaan selangor jangan mimpilah nak dapatkan project Kerajaan Negeri Selangor.....bebbbb.Jawabnya kebulur lah sehingga macam meminta sedekah dibuatnya.Dulu masa kerajaan Barisan Nasional dulu mereka mereka ini dikatakan agak Mewah...sehingga Pakatan merosakkan Minda dan meracuni fikiran mereka jika pakatan Menang di Selangor akan berlaku ADIL dan TELUS dan Tiada RASUAH...Sekarang apa sudah jadi kini....?

Bila Tender Sebut harga murah siapa yang untung....?Kelas A atau Kontrator Besar saja untuk untung.Semua kelengkapan alat dan barang sudah sedia ada.Kelas F apa yang ada...?

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Sebanyak 24,000 ahli Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf) berdepan dengan risiko 'gulung tikar' pada bila-bila masa sekiranya projek-projek di bawah kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan terus berkurangan atau langsung tidak dianugerahkan kepada mereka.

Sehubungan itu, presiden persatuan berkenaan, Tukiman Radion meminta kerajaan supaya segera mengambil langkah proaktif dengan melindungi dan membela nasib kontraktor-kontraktor tersebut dengan menganugerahkan kontrak-kontrak baharu.
Pada waktu ini katanya, lebih 70 peratus daripada ahli-ahlinya terpaksa menganggur kerana tidak menerima sebarang kontrak.

Katanya, masalah ini juga dikesan berlaku sejak lapan tahun lalu ditambah dengan kewujudan syarikat-syarikat konsesi yang baru sahaja ditubuhkan, turut merampas projek-projek yang sebelum ini dijalankan oleh kontraktor kelas F.

“Kontraktor kelas F kebanyakannya terdiri dalam kalangan bumiputera dan berpendapatan kecil. Mereka adalah rakyat marhaen yang merupakan penyokong kerajaan.
“Dahulu bilangan ahli kami 30,000 dan kini berkurangan kepada 24,000 ahli. Ada yang sudah berjaya menaiki kelas perusahaan manakala selebihnya ‘gulung tikar’ kerana tiada projek,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perkobf Malaysia Cawangan Selangor Kali Ke-4 di Kompleks PKNS, Bangi dekat sini hari ini.

Yang turut hadir pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Faizal Abdullah dan Yang Dipertua Perkobf Selangor, Adnan Malek.

Perkobf merupakan persatuan yang ditubuhkan pada 1997 dan didaftar secara rasmi pada 2012.
Tambah Tukiman, satu memorandum mengenai masalah-masalah yang dihadapi ahli-ahli Perkobf sudah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diberikan perhatian dan pertimbangan selanjutnya.

Katanya, pihaknya juga berharap terdapat sinar baru kepada ahli-ahlinya menerusi pengumuman Bajet 2017 pada bulan depan dengan pelbagai insentif serta peluang untuk turut sama terlibat dalam projek-projek kerajaan. - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana