“SILAP BESAR SESIAPA PERSENDA MAHATHIR” KATA KADIR, TERMASUK SULTAN KAH KADIR?

Mahathir persenda orang lain bagaimana pula en kadir?

Kadangkala apabila melihat cara Kadir Jasin menulis dan tanpa  kenal siapa dia pasti kita akan sangka dia berusia sekitar 25 tahun atau sedikit lebih.



Ini kerana cara dia tulis berkenaan Tun Mahathir seolah olah semacam orang lain tidak kenal dan tidak tahu siapa Tun Mahathir.



Mungkin, mungkin lah, cara pandangan pembodek yang pernah dapat habuan dan dedak dari Tun Mahathir dengan orang luar melihat Tun Mahathir tidak sama. Ia mungkin itu.



Kadir yang menjadi jurucakap Tun M dikala dan ketika rakyat tidak ada laluan bersuara untuk menibai Perdana Menteri atas kesilapan “there and then” bernasib baik ketika rakyat yang jahil hari ini yang sudah boleh bersuara tidak pula ujud ketika zaman dia hebat menulis dan berkarya.



Kadir dan Mahathir boleh dikata kan diselamatkan oleh zaman belum ada media sosial ketika mereka bermaharaja lela.



Dan apabila sudah ada media sosial pula, Kadir dan Tun M sudah dipihak menyerang, dan bukan pihak bertahan. Itu boleh lah di kira bernasib baik.



Tidak dapat dibayangkan ketika Tun M menjadi Perdana Menteri dengan segala kebobrokan nya, bagaimana pula orang seperti Kadir Jasin mahu mempertahankan Tun M tentang banyak perkara yang “current” ketika itu.



Dengan tajuk “silap besar siapa persenda Mahathir” tajuk yang berupa seperti tukang lap lantai jamban yang najis bersepah sedang membersihkan nya, itu lah bunyi suara Kadir.



Kerana terlalu taksub kepada agama Mahathir dan sebagai orang yang “ada interest” jika Mahathir berjaya dapat ‘loot” nya kembali, Kadir bersuara seolah olah hanya “nabi” dia sahaja boleh perlekeh orang lain anak bini orang lain dan isteri orang lain.



Jika orang lain pula melakukan perkara yang sama  dia anggap salah besar , silap besar dan ‘no-no”.



Mungkin terlalu lama bau kentut Tun Mahathir , maka perangai pun terikut sama, Tun Mahathir sahaja ada hak perlekeh semua orang, orang lain tidak ada hak.



Ini lah akibat terlalu lama sekongkol dengan “diktator” maka “side kick” pun perasan diri ada hak sama untuk menjadi diktator.



Ketika Kadir yang kini menjadi jurucakap bagi pihak orang kaya yang tersekat dedak menyatakan “silap besar siapa perlekehkan Mahathir” adakah “siapa” itu termasuk Sultan?



Sultan sebuah negeri juga sudah menibai Mahathir berulang kali kerana meluat dan tahu sedikit kisah ahli perniagaan Mahathir dan juga kisah belakang tabir Mahathir menyerang Najib.



Maka adakah Sultan juga dikira perlekeh kan Mahathir? Dan Sultan juga silap besar?



Rakyat sudah beralih, otak rakyat juga sudah ikut peredaran waktu.



Bukan seperti Kadir , tersekat dengan barang antik dan jurasik.



Jika itu pilihan Kadir untuk di tok kong kan , maka itu hak Kadir, dan jika ada orang memberi pendapat jangan pula ugut orang itu dengan nada seolah olah “siap kau nanti bila Mahathir dapat  tumbangkan Najib”.



Politik itu dua hala, bukan sehala, jika Tun M boleh perlekeh pemimpin pilihan rakyat, maka jangan pula orang seperti Kadir duduk diam, nasihat kan lah dia.



Maka jika tidak ,tentu lah ada tindak balas nya , dan ketika tindak balas berlaku, jangan lah pula kata “silap besar” kepada yang memberi hujah balas.



Tidak kira lah maksud Kadir hanya kepada Nzari Aziz, dia juga ada hak untuk setia kepada Najib, seperti kadir setia membuta kepada Mahathir.



Kepada rakyat marhaen mungkin lah orang seperti Kadir boleh auta dengan ugutan ekonomi dan sabotaj kerajaan, tetapi kepada yang sudah tahu apa rencana Mahathir, mereka meluat, ini negara untuk semua rakyat, bukan untuk Mahathir warisi kepada anaknya.

Jika Najib ada silap , kenapa pula perlu sampai upah media dunia untuk memfitnah?

Jika Najib ada silap kenapa sampai kena buat konspirasi?

Teralalu jelas bukan kerana Najib silap tetapi kerana rencana peribadi Tun M, jika Kadir jadi PM hari ini pun akan ditumbangkan kerana rencana zuriat dan pewarisan harta “parking”.

Hanya yang memegang kayu tas sahaja boleh menjinak kan harimau, begitu lah umpama nya dengan harta simpanan, hanya yang ada kuasa sahaja boleh menjinak kan Proksi.



Mahathir sendiri bacul untuk istihar kepada rakyat apa yang dia minta dari Najib.



Jika Kadir berani pergi lah tanya Tun M apa yang dia minta dari Najib ketika pertemuan 4 mata. Najib menolak nya, apa kah permintaan itu?



Jika tidak tahu, nanti rakyat berdosa kerana ada saham tumbangkan Uli amri kerana isu ciptaan seperti 1MDB sedang kan isu sebenar adalah berpunca dari permintaan peribadi yang di tolak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana