Shafie rebranding parti lama untuk jadi platform baru di Sabah...Rakyat Sabah Tahu Parti MADEY tak Boleh Menang Punya

Entah kenapa tidak percaya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Afdal sebaliknya memilih untuk mengetuai parti sendiri.

Jika sebelum ini bergerak atas nama NGO Gerakan Parti Tempatan Sabahan, Shafie pagi Khamis ke pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya untuk bincang mengenai rebranding sebuah parti sedia ada untuk dijadikan platform beliau.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan parti mana yang beliau nak rebranding itu, kepada media Shafie berkata pengumuman mengenai parti itu akan dibuat selepas cadangan perubahan nama, logo dan perlembagaannya diterima.

"Alhamdulillah hari ini kita berpeluang mengemukakan (cadangan perubahan ke ROS) tetapi bukan (untuk) pendaftaran parti baru.

"Ia parti sedia ada, cuma ada perubahan dari segi nama, logo dan juga beberapa kandungan dalam parti itu yang perlu diselaraskan agar ia dapat memenuhi perjuangan kita," katanya.

Beliau dilihat tiba di pejabat RoS di Putrajaya pada pukul 9:35 tadi bersama empat lagi individu dan menghabiskan masa kira-kira dua jam di pejabat ROS berkenaan.

Mengulas lanjut Shafie berkata ROS dijangka tidak akan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan terhadap cadangannya kerana mereka mematuhi segala kehendak dan peraturan badan pendaftar itu.

Diminta mengulas tujuan memimpin parti baru itu Shafie menegaskan matlamatnya tetap sama iaitu melakukan perubahan dalam negara.

"Tujuan dan matlamatnya sama - kita nak menang dan ada perubahan dalam kerajaan," kata Shafie.

Tambah Shafie tindakannya itu juga dibuat kerana yakin dengan sokongan yang diterimanya di Sabah selain sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berada pada matlamat sama.

"Saya ingat rakyat faham bahawa di Sabah banyak parti dan banyak kerusi yang ditambah tapi apa yang penting rakyat tahu siapa yang akan mereka pilih siapa. Tak apalah, kita akan pastikan (mendapat sokongan).

"Kita kerjasama dengan semua pihak dan kita lihat atas landasan apa supaya ada perubahan di peringkat negeri Sabah sendiri," katanya.

Beliau terdahulu mengumumkan keluar UMNO pada Julai tahun ini selepas Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk menggantung keahliannya.

Turut keluar parti Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong serta tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan pada 27 Jun lalu, susulan tindakan MT UMNO menggantung keahlian Shafie.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana