Rakaman beromen bukan di sekolah... tapi dalam pejabat ladang

Rakaman ini menjadi viral dan dilaporkan banyak pihak memaksa satu siasatan dibuat dan hasilnya Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia tidak melibatkan golongan guru.

Sebaliknya rakaman video itu dipercayai dibuat lapan tahun lepas di pejabat sebuah ladang di Segamat, Johor.

"Bagaimanapun kementerian akan terus menjalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam video itu," katanya dalam catatan terbaharu dalam laman Facebook beliau.

Sebuah video berdurasi lapan minit dimuat naik dalam laman perkongsian video, Youtube memaparkan aktiviti tidak ‘senonoh’ dua individu yang didakwa guru.

Aksi intim dua individu dipercayai dirakam oleh lelaki dalam video berkenaan di sebuah pejabat yang tidak diketahui.

Mahdzir yang mengulas isu tersebut sebelum ini berkata kertas siasatan sudah dibuka susulan kejadian tersebut serta akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi meneliti rakaman video itu.

“Isu viral;guru dikatakan bercumbu dlm bilik. Kertas siasatan sudah dibuka.Akan dptkan kerjasama SKMM,” katanya dalam laman Twitter.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana