Polis patahkan rancangan IS serang kuil Batu Caves,pusat hiburan,balai polis pada malam ambang Merdeka…

Siapa tahu…jika tidak kerana kecekapan polis mungkin ada berita gempar pada malam ambang Merdeka.

Rupanya ada tiga yang disyaki anggota militan IS sedang merancang untuk melakukan serangan guna bom tangan dan senjata api keatas sebuah kuil di Batu caves,sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur dan beberapa buah balai polis.

Pasukan khas anti-pengganas PDRM telah berjaya cekup tiga suspek ini dalam operasi di Selangor,Kuala Lumpur dan Pahang pada 27 dan 29 Ogos.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kata suspek yang berusia antara 20 hingga 27 tahun itu merancang untuk ke Syria sebaik saja mereka berjaya melancarkan serangan berkenaan.

Suspek pertama seorang pemandu lori ditahan pada hari Sabtu di Selangor.

Polis temui bom tangan jenis K75,pistol dan 24 butir peluru darinya.

Suspek kedua seorang penjual daging ditahan di Pahang pada hari Isnin.Suspek ketiga ditahan di Kuala Lumpur pada hari sama.

Mereka menunggu arahan dari anggota militant IS warga Malaysia ,Mohamad Wanndy Mohamad Jedi untuk lancar serangan malam ambang Merdeka itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana