PM jawab pasal spekulasi nak adakan pilihanraya umum awal...

Spekulasi tetap spekulasi.Sebenarnya Datuk Seri Najib Tun  Razak sudah beberapa kali membayangkan kerajaan pimpinannya akan terus perintah sehingga tamat tempoh mandat Barisan Nasional pada tahun 2018.

Ini bermakna beliau tidak berhajat untuk adakan pilihanraya umum mengejut.

Kebelakangan ini terus berlegar spekulasi kononnya Perdana Menteri sedang berkira-kira hendak buat kejutan adakan pilihanraya awal.

Kononnya ini untuk ambil kesempatan cacamarba dalam pakatan pembangkang khususnya selepas PAS ditendang keluar dari Pakatan Harapan.

Selain itu faktor kemungkinan suasana ekonomi suram pada tahun 2017.

Kalau ikut khabar disebar oleh Tukang Karut politik pilihanraya umum mengejut mungkin diadakan seawal Mac 2017.

Pilihanraya umum ke 13 diadakan pada Mac 2013.

Mandat kerajaan BN untuk penggal ini akan berakhir sekitar Jun 2018.

Soalnya apakah spekulasi yang berlegar itu ada asasnya.

Terbaru…Perdana Menteri nampaknya tetap konsisten dengan pendiriannya mengenai soal pilihanraya umum.

Bercakap dalam sidang akhbar di Berlin,Jerman Selasa dimana beliau sedang adakan lawatan rasmi,Naib menolak spekulasi pilihanraya umum akan diadakan sebelum tempoh mandate BN berakhir 2018.

Katanya beliau menolak adakan pilihanraya awal sebelum tempoh mandate berakhir.

Agensi berita Reuters memetik beliau sebagai berkata sesuatu keputusan tidak boleh dibuat berasaskan satu faktor sahaja.

Katanya BN mempunyai rekod yang baik dan akan terus beritahu rakyat bahawa kerajaan BN adalah masih pilihan terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana