Pelakon, anak datuk antara yang ditahan kerana tanam ganja

Seorang pelakon drama antara tiga suspek ditahan kerana memiliki ganja serta senjata berbahaya.

Suspek kedua merupakan seorang anak orang ternama berpangkat Datuk manakala suspek ketiga merupakan warga Filipina yang bekerja di syarikat pengurusan teknologi maklumat swasta.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 29 hingga 36 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 24 September lalu oleh pasukan khas Narkotik Kuala Lumpur pada pukul 12.40 tengahari di sebuah banglo di Jalan Ampang Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, hasil pemeriksaan di banglo itu, polis merampas tiga pasu dengan setiap satu ditanam dengan sebatang pokok ganja berketinggian antara 19 hingga 100 sentimeter dan dedaun kering ganja seberat 465 gram.

"Pemeriksaan lanjut menemui tiub straw mengandungi biji benih yang diseludup dari United Kingdom, tujuh pedang samurai, 19 pisau, tiga buku lima, empat pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lampu beacon," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambah beliau, nilai barangan yang dirampas di rumah berkenaan dianggarkan berjumlah RM25,000.

Menurutnya, semua suspek direman sehingga 30 September ini untuk disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

"Sindiket ini dipercayai beroperasi sejak lebih empat bulan lalu dan mereka memproses ganja untuk kegunaan sendiri dan dijual di kawasan sekitar.

"Mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau tetapi dikesan positif ganja dan kami sedang menyiasat mengenai vest polis dan lampu beacon selain motif pemilikian senjata api," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana