PAS jangan abaikan pengaruh Husam di Kelantan - Penganalisis

SHAH ALAM: Walaupun PAS Kelantan menganggap penyertaan Datuk Husam Musa dalam parti Amanah bukanlah satu ancaman, tetapi parti itu perlu memberi perhatian kepada pengaruh ADUN Salor itu terutamannya di negeri berkenaan.

Penganalisis politik Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed mengingatkan PAS untuk meletakkan sedikit kebimbangan sekiranya Husam berjaya meyakinkan penyokong parti itu untuk berpaling tadah sekaligus menyertai Amanah.

"Saya kira secara kecil memang kita dapati penglibatan beliau itu akan memberi ancaman. Terutama beliau merupakan tokoh besar di Kelantan, beliau bukan baru terlibat dalam politik, beliau sebagai exco (Kelantan) sebelum ini, seorang wakil rakyat yang agak lama berkecimpung dalam arena politik di Kelantan.

"Jadi sudah tentu sebagai seorang tokoh yang agak besar dan berpengaruh memang memberikan sedikit ancaman kepada PAS terutama di kawasan beliau sendiri," katanya kepada Antarapos.

Terdahulu, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata parti itu langsung tidak terjejas dengan tindakan Husam yang menyertai parti Amanah.

Ujarnya, kehadiran Husam dalam Amanah bukanlah kayu pengukur kepada kekuatan parti itu dan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang akan menghakimi sejauh mana Amanah mampu berdiri.
 
Kata Martadha lagi, walaupun Husam mempunyai pengaruh yang kuat di Kelantan, namun ia terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa Amanah mampu untuk menyaingi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Untuk kita meramalkan bahawa Amanah akan memberi satu tentangan yang besar dan mampu untuk mencapai kemenangan (PRU14), saya kira itu masih awal untuk kita ramalkan.

"Kalau kita lihat prestasi PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar memang kita dapati Amanah tidak begitu memberikan ancaman yang besar terutamanya kepada BN dan PAS. Kalau kita lihat dari segi undian calon PAS memang lebih banyak berbanding calon Amanah," ujar beliau.

Semalam bekas naib presiden PAS itu mengumumkan penyertaannya dalam Amanah selepas dipecat daripada PAS April lalu.

Pemecatan itu dibuat susulan lantang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana