Pakatan Harapan bergolak: DAP tamakkan kuasa, PKR enggan lepas jawatan

Pertelingkahan dalaman Pakatan Harapan sekali lagi tercetus apabila Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak cadangan DAP yang menggesa supaya mengadakan Pilihan Raya negeri Selangor dengan lebih awal.

Kata Azmin dalam satu kenyataan, kerajaan negeri tetap mahu menghormati mandat yang diberi rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.

“Mandat yang disampaikan pengundi kepada kerajaan Selangor pada pilihan raya 2013 mesti dihormati dan tidak boleh diketepikan demi kepentingan politik,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Komunikasi Strategik di pejabat Azmin, Yin Shao Loong.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas beberapa jam DAP Selangor secara rasmi berkeras agar pilihan raya negeri mengejut perlu diadakan di negeri tersebut.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata PRN perlu dilaksanakan lebih awal sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelesaikan proses persempadanan semula.

Kata Pua lagi, adalah ‘bodoh jika mengadakan pilihan raya selepas persempadanan semula selesai’.

“Jika kamu buat tinjauan rambang, ramai akan menyatakan perkara yang sama.

“Adalah bodoh jika kamu berkata kita harus mengadakan pilihan raya selepas persempadanan semula selesai,” kata Pua dalam satu sidang media.

Keputusan itu kata Pua telah disepakati menerusi satu mesyuarat tergempar yang diadakan semalam.

Menurutnya lagi, keputusan itu dicapai berdasarkan jangkaan hasil analisis DAP Selangor selepas persempadanan semula selesai.

Berikutan iti, DAP Selangor menganggarkan 7 kerusi DUN di negeri itu bakal terlepas kepada BN sekiranya usul persempadanan semula kawasan seperti dicadangkan SPR diluluskan.

Kerusi tersebut termasuk Sabak, Hulu Kelang, Sementa, Selat Kelang, Pelabuhan Kelang, Sijangkang and Morib.

Azmin pada Isnin lalu telahpun menolak cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya kerajaan Selangor mempertimbangkan pilihan raya awal bagi menghalang usaha memberi kemenangan kepada UMNO BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana