Pak Samad Said Bukan Lagi Melayu…

Penulis tidak tahu apa yang sudah jadi kepada A. Samad Said, seorang sasterawan yang seolah tidak kenal lagi pada bangsa asalnya yang bernama Melayu. Sejak menyertai DAP, Pak Samad bagaikan lebih bukan Melayu dari Lim Kit Siang mahupun Ambiga.

Terbaru, dia memberikan komen tentang penggunaan keris. Katanya, kita sudah tidak lagi menggunakan keris di zaman ini. Malah katanya silat hanyalah menjadi bahan pertunjukkan sahaja di negara kita.

Katanya di zaman serba moden ini, perkembangan teknologi menjadikan silat tidak sesuai lagi digunakan untuk mempertahankan negara di mana katanya kita boleh dikalahkan musuh dengan tembakan jarak jauh.

Pada pandangan penulis, sejarah Melayu menjadi bukti bahawa keris merupakan senjata bangsa Melayu sejak lebih 600 tahun dulu. Sama ada digunakan menentang penjajah, keris juga pernah digunakan untuk memburaikan isi perut pengkhianat bangsa di kepulauan Tanah Melayu ini.

Sehingga kini, keris masih lagi menjadi senjata bangsa Melayu sama ada secara simbolik atau benar-benar tersisip di pinggang dalam keadaan tertentu. Sekiranya terpaksa, penulis tidak menolak sekiranya keris yang tersisip itu akan dihunus dari sarungnya.

Benar bahawa jika mempertahankan negara dari serangan peluru berpandu, adalah tidak sesuai dengan menggunakan keris. Sudah tentulah dalam kes tersebut maka senjata anti peluru berpandu akan digunakan oleh pihak tentera.

Namun, isu mempertahankan negara sudah tentu tidak terhad kepada ancaman dari luar negara sahaja, bukan? Pak Samad jangan lupa bahawa ancaman di dalam negara juga mampu meranapkan sebuah kerajaan yang berdaulat. Contohnya, di Mesir.

Penulis belum lahir lagi ketika berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, dan penulis yakin Pak Samad sudah dilahirkan ketika tragedi itu berlaku. Dan penulis yakin, ketika itu sudah tercipta senapang, pistol, ‘machine-gun’, meriam, kereta kebal dan sebagainya.

Namun sewaktu mana maruah dan martabat bangsa Melayu yang dipijak serta dihina sewenang-wenangnya ketika itu, apakah senjata yang paling ditakuti oleh mereka-mereka yang mencetus onar di bumi Melayu ini?

Sama ada Pak Samad mahu akui atau tidak, berdasarkan apa yang diceritakan oleh orang-orang tua yang tebal jiwa Melayunya kepada penulis, keris merupakan senjata yang paling ditakuti dan silat merupakan seni yang paling digeruni oleh mereka yang cuba mencabar ketuanan Melayu di negara kita.

Seingat penulis, beberapa jenis silat terpaksa diharamkan oleh pihak kerajaan atas dasar mahu mengatasi ketakutan golongan bukan Melayu yang menyaksikan betapa ampuhnya selendang merah, keris terbang dan sebagainya. Itu cerita-cerita orang tua-tua Melayu yang benar-benar berjiwa Melayu dan tentunya Pak Samad bukan salah seorang dari mereka.

Penulis suka mengingatkan Pak Samad supaya memberitahu pada pihak yang berada di sekelilingnya bahawa keris akan masih tersarung dan silat akan terus dipendam di hati bangsa Melayu di negara ini selagi tidak ada keperluan untuk berbuat demikian.

Namun penulis positif bahawa sekiranya Pak Samad ingin sangat melihat keris terhunus dan silat dipencak kembali, tunggulah sehingga keadaan menjadi seperti peristiwa 13 Mei 1969. Berkali-kali diingatkan bahawa kesabaran dan tolak ansur bangsa Melayu beragama Islam di negara ini ada batasnya…

Penulis langsung tidak berniat untuk mengugut atau menghasut, namun Pak Samad dan konco-konconya perlu tahu dan sedar tentang batas-batas kesabaran yang ada pada bangsa Melayu. Pak Samad tentu tahu asal usul perkataan ‘amuk’ berasal dari mana, bukan?

Mungkin benar bahawa Pak Samad kini bukan lagi ‘Melayu’. Pada hemat penulis, ‘Melayu’ yang tinggal pada Pak Samad hanyalah pada kad pengenalan sahaja, manakala roh Melayunya sudah hilang sama sekali dari jiwanya. Penulis tidak hairan jika dia tergamak menghina keris pusaka bangsa kita…

Penulis harap, saudara-saudara penulis yang berbangsa Melayu bersabar dan tidak mengapa-apakan Pak Samad. Beliau mungkin sudah didoktrinkan pihak tertentu yang mengarahkan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu. Lagipun, bukankah dia sudah berjanji merelakan diri menjadi ‘hamba’ kepada golongan ‘chauvinis ultra kiasu’ itu?

Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina. Meneliti kenyataan Pak Samad, sudah tahu dia siapa. Pada penulis, dia bukan lagi Melayu kita…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana