Padan Mukanya.....Pegawai Perubatan, Dua Kerani Ditahan Tuntutan Palsu Hampir RM900,000

JOHOR BARU: Seorang pegawai perubatan bersama dua kerani kewangan Pejabat Kesihatan Daerah di negeri ini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa, melibatkan tuntutan palsu bernilai hampir RM900,000.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Simi Abd Ghani yang mengesahkan tangkapan itu berkata, ketiga-tiga wanita berkenaan ditahan di pejabat SPRM negeri, kira-kira 9 malam.

"Mereka yang ditahan berumur antara 30-an dan 50-an.

"Kesemua mereka disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap 59 baucar bayaran perkhidmatan pembekalan barang tetapi barang tidak sampai ke pejabat kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Simi berkata, berdasarkan siasatan awal, pegawai kesihatan itu didapati bersekongkol dengan enam syarikat pembekalan dengan memberi sebahagian hasil tuntutan kepada syarikat yang terlibat.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Permohonan reman ke atas mereka dibenarkan oleh Majistret Noor Aishah Ahmad selama tujuh hari bermula Rabu. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana