Padan Mukanya Sendiri Buat Sendiri Tanggung Lah.....Wanita sebar berita culik palsu di FB kena tangkap

Ambik ubat... hajat di hati hendak buat gempar, sekali memang kena gempar habis... ini kes seorang wanita di Sungai Buloh Selangor yang ditahan polis selepas memuat naik berita palsu mengenai kes penculikan dua kanak-kanak yang dibunuh dan diambil organ dalamannya dalam laman sosial Facebook Rabu lepas.

Ketua Polis negeri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata penahanan wanita berusia 32 tahun itu dilakukan pada pukul 6.30 petang di kediamannya di Desa Coal Fields, Sungai Buloh, Selangor.

Katanya, suspek telah memuat naik berita itu dengan niat untuk dilihat dan dibaca orang ramai, yang mendakwa ada dua mayat kanak-kanak mangsa culik ditemukan di tepi sungai di Johor dan organ dalamannya diambil.

“Bagaimanapun, saya mengesahkan tiada kejadian berlaku di Johor,” katanya dalam kenyataan Jumaat.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama tiga hari hingga 25 Sept untuk siasatan lanjut.

Wan Ahmad Najmuddin berkata tangkapan ke atas suspek adalah sebagai memberi pengajaran kepada pengguna Internet agar tidak sesuka hati menggunakan perkhimatan aplikasi Internet mereka untuk menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai.

Tambah beliau, menyebar berita palsu adalah kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana