MUKHRIZ CAKAP TAK SERUPA BIKIN, BAPANYA JADI PM 22 TAHUN

Datuk seri Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja dengan alasan bagi mengelakkan kononnya berlaku krisis pentadbiran seperti sekarang.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat cadangan tersebut ketika berucap pada majlis Malaysia Bersatu bersama Mukhriz di Shah Alam malam tadi.

Nyata Mukhriz telah terlupa bahawa bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan sepanjang pemerintahannya menyaksikan bagaimana beliau campur tangan dalam sistem kehakiman, menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap pengkritiknya serta dakwaan amalan kronisme sepanjang memegang jawatan tersebut.

Di kalangan penyokong Anwar Ibrahim pula, beliau dituntut mengakui kesilapan lampau dan memohon maaf kepada Anwar serta penyokong reformasinya.

Cadangan berkenaan hanya dibuat selepas beliau bukan lagi ahli UMNO dan kini menjadi pembangkang. Kenapa ia tidak dicadangkan kepada bapanya menjadi Perdana Menteri dulu?

Hakikat Mahathir kini sudah hilang percaturan. Tindak-tanduknya sudah tidak keruan menyebabkan ia dengan perlahan-lahan telah menghakis pengaruh dan kewibawaannya sendiri.

Malah banyak pendekatan yang diambil oleh Mahathir, selepas bersekongkol dengan pembangkang dan menubuhkan PPBM tidak menjadi.

Daripada usahanya menubuhkan Deklarasi Rakyat bertujuan menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hinggalah kepada membawa isu 1MDB ke negara luar, semuanya gagal.

Dulu ketika masih berkuasa, beliau sendiri pernah berpesan `jangan biar sentimen membawa mudarat dan membakar negara’ namun perbuatannya ketika ini bertukar menjadi sesuatu yang menjengkelkan.

Bak kata pepatah, cakap tak serupa bikin dan begitu juga dengan anaknya, Mukhriz yang membuat cadangan yang sama. Bila sudah tiada kuasa barulah macam-macam cadangan diberikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana