Mansuh diskaun, Azmin jadi ‘pak turut’ bukan Islam : PAS

 Kerajaan PKR Negeri Selangor dikecam rakan sekutunya, PAS kerana sudah menjadi ‘pak turut’ mengikut telunjuk orang bukan Islam sehingga tunduk memansuhkan diskaun 10 peratus untuk bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat (SOHO) dan pejabat maya di rumah (SOVO) di negeri itu.

Azmin rumahKata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad, tindakan pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali itu tidak wajar memandangkan orang Melayu masih belum mempunyai kedudukan ekonomi setaraf dengan kaum lain khususnya di kawasan bandar.

“Sepatutnya kerajaan PKR Selangor jangan cepat mengikut telunjuk orang bukan Islam kerana kebanyakan mereka mampu memiliki rumah meskipun tanpa ada diskaun.

“Walaupun tujuan mereka (kerajaan negeri) baik untuk memberi keadilan kepada semua rak­yat tetapi kita bimbang perkara tersebut tidak mampu tercapai selagi ekonomi orang Melayu belum setaraf dengan bangsa lain,” katanya dipetik dalam Utusan Malaysia pada Rabu.

Azmin semalam mengesahkan diskaun 10 peratus untuk bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO di negeri itu akan dimansuhkan bermula 1 September ini.

Azmin berkata, sebaliknya diskaun tersebut akan diberikan kepada semua kaum dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurutnya, penyelarasan semula harga itu dibuat bagi membolehkan rakyat yang tergolong dalam kategori berkenaan mempunyai keupayaan memiliki hartanah sendiri.

Mahfodz menggesa supaya Azmin menimbang semula keputusan itu bagi membantu orang Melayu memiliki kediaman sendiri terutama di kawasan bandar.

“Jika bumiputera sudah kuat dari segi ekonominya, saya setuju untuk memansuhkan diskaun tetapi secara realiti masyarakat bumiputera masih belum setaraf ekonominya.

“Oleh sebab itu, diskaun perumahan perlu dikekalkan supaya golongan bumiputera mampu memiliki rumah sendiri,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana