Mana Azmin,Jika Dahulu SYABAS Dipersalahkan Berkaitan Isu gangguan Air Di Selangor, Sekarang Siapa?
Kemelut isu air Selangor yang bermula pada tahun 2014 bermula apabila SYABAS diambil alih oleh kerajaan Selangor dengan bantuan untuk memulihkan kemelut air Selangor oleh kerajaan Persekutuan bernilai hampir RM10 juta.
Kemelut isu air Selangor bermula apabila Pakatan Selangor dengan sewenangnya melakukan tuduhan bahawa SYABAS sebagai kroni kepada kerajaan Barisan Nasional yang dikatakan tidak memikirkan hal berkaitan kemelut air dan dikatakan asyik berpolitik.
Bukan itu sahaja, kumpulan Pakatan dengan sewenangnya mengatakan bahawa kerajaan Basisan Nasional telah menggunakan SYABAS sebagai senjata politik dan dikatakan juga sebagai alasan untuk memaksa kerajaan Selangor untuk meluluskan projek Langat 2. Azmin Ali setelah menduduki jawatan Menteri Besar Selangor dengan sendirinya bersetuju menandatangani projek Langat 2.
Kecaman demi kecaman dilakukan terhadap Barisan Nasional apabila berlakunya gangguan bekalan air di Selangor yang dikatakan bermotifkan politik oleh kerajaan Pakatan. Berbagai siri penerangan dilakukan bahawa Selangor akan menghadapi masalah bekalan air jika Projek Langat 2 tidak dilaksanakan.
Berbagai alasan diberikan dan sikap menuding jari terus dilakukan kepada SYABAS oleh ADUN PKR YB Elizabeth Wong. Tetapi pada hari ini SYABAS telah berada ditangan Pakatan dan gangguan bekalan air masih juga berlaku tanpa ada penghujung penyelesaiannya.
Sekarang rakyat sedang melihat permainan yang dimainkan oleh kerajaan Pakatan yang mana sebelum ini asyik terus menuding jari kepada SYABAS, sekarang kepada siapakah yang harus dipersalahkan. Secara jelasnya kerajaan Pakatan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah air yang berlaku di Selangor.
Elizabeth Wong sendiri tidak mempunyai alasan untuk menjelaskan mengapa perkhidmatan air terganggu. Satu penjelasan yang terperinci seharusnya diberikan kepada rakyat bagaimana gangguan bekalan air masih berlaku sedangkan kuasa untuk menaiktaraf sistem telah berada ditangan Pakatan Selangor.
Satu pertanyaan yang seharusnya dijawab oleh Elizabeth Wong sekarang ialah siapakah yang sebenarnya yang bermain politik sehingga menyusahkan kehidupan rakyat. Kemelut yang tidak pernah diselesaikan oleh Azmin dan Elizabeth Wong.
Kehebatan pembangkang dalam Negara ini ialah menuding jari kepada orang lain apabila melakukan kesalahan, akan tetapi apabila kuasa telah berada ditangan, tiada satupun tindakan untuk mensejahterakan rakyat dilakukan.
Apabila berlaku kesilapan, mereka akan menyalahkan BN sebagai tidak berguna. Tetapi apabila terkena kepada mereka sendiri, mereka tidak akan menyalahkan diri mereka sebagai tidak berguna – Sama seperti Tokong Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang mengeluarkan kenyataan memarahi Lembaga Air Pulau Pinang di mana ia sendiri adalah Pengerusi lembaga air.
PRU14.tv

Comments