Mahathir berangan di London...Jenis Yang Sedar Diri

Tun Mahathir Mohamad nampaknya berangan jauh mengenai politik Malaysia di masa depan dengan membuat andaian partinya  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menerajui kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan calon PM yang dikawal beliau selaku pengerusi PPBM.
Mungkin beliau mengalami masalah ingatan atau terlebih yakin, PPBM masih tidak diterima oleh mana-mana pakatan pembangkang baik Pakatan Harapan yang diwakili DAP, PKR dan PAN mahupun Gagasan Sejahtera yang diwakili oleh PAS, Ikatan dan Berjasa.
Selain itu barangkali Mahathir lupa bahawa sejak tahun 1999, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin de fockto dan calon Perdana Menteri pakatan pembangkang.
Sejak akhir-akhir ini Mahathir merasakan beliau ketua de fokto baru pembangkang dan bercakap atas kapasiti tersebut di London baru-baru ini.
Menurut Mahathir, Muhyiddin akan menjadi perdana menteri jika pembangkang menang pilihanraya umum akan datang.
"Pada masa ini kita tidak berkata apa-apa, kecuali jika pembangkang menang, orang yang paling mungkin menjadi perdana menteri adalah Muhyiddin"
"Tetapi ia bergantung kepada parti, sama ada mereka akan memilih beliau sebagai presiden dan bergantung kepada gabungan yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri," katanya pada ceramah di London minggu lepas.
Walau bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, tiada keputusan mengenai perkara itu sekarang kerana "sesetengah orang akan kecewa dan parti berpecah".
Kenyataan Mahathir itu sudah tentu merujuk kepada Anwar dan PKR yang merasakan mereka lebih berhak.
Untuk rekod, gandingan Mahathir dan Muhyiddin tidak menunjukkan kuasa yang signifikan dalam pembangkang kerana tidak ramai pengikut baru sebaliknya hanya menunggung sokongan ahli pembangkang untuk keuntungan politik mereka berdua.
Mahathir juga bercakap mengenai kuasa bakal perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14.
"Perdana Menteri masa depan tidak akan mempunyai kebebasan kerana dalam parti baru (PPBM), kita mempunyai bukan sahaja Presiden tetapi juga pengerusi," katanya.
Mahathir, yang juga Pengerusi Pribumi, kata pengerusi parti itu akan perlu berunding mengenai urusan kerajaan untuk memastikan bahawa perdana menteri tidak membuat keputusan dengan sendiri.
"Sudah tentu, dia mempunyai kabinet. Tetapi kabinet kadang-kadang mengikut Perdana Menteri kerana dia melantik mereka, (maka) mereka tidak meletakkan apa-apa tentangan.
"Parti baru (Pribumi), kami memastikan kuasa presiden akan tertakluk kepada perjanjian dengan sekumpulan orang dalam parti," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana