Jeng...JEng...Khairy dedah maklumat pendrive Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan membuat pengumuman mengenai isi kandungan dalam pemacu pena atau pendrive yang diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

Beliau berkata, berdasarkan bacaannya sejak pendrive kontroversi itu diterima baru-baru ini, ia banyak berkisar soal teknikal dalam bola sepak Malaysia serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Khairy memberi jaminan jika ia mempunyai unsur dan bukti penyelewengan atau ketirisan, pihaknya sendiri akan menyerahkan sendiri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ia adalah dokumen teknikal bola sepak berkenaan FAM, pasukan kebangsaan, sistem kejurulatihan.

Ia bukan satu dokumen yang menyentuh soal penyelewengan keseluruhannya dan saya masih perlu teliti (semua kandungan).

"Saya sendiri akan serah jika ada bukti penyelewengan kepada SPRM. Takkan perlu untuk kita hantar maklumat teknikal mengenai corak permainan pasukan kebangsaan kepada mereka (SPRM)," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.

Khairy sebelum ini menjelaskan beliau memerlukan masa untuk membaca semua dokumen yang terkandung dalam pemacu itu yang diserahkan oleh Tunku Ismail. Ia didakwa mengandungi maklumat mengenai ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana