Ini Lah Dikatakan Amat Biadap!!!!! Lagi Di Pulau Pinang, Hadis Nabi Di Punggung Patung Beruang

HINA Islam lagi secara bersilih ganti dan tersusun seakan kemestian di negeri yang dikuasai oleh DAP. Tahun lalu, umat Islam di Pulau Pinang gempar dengan kehadiran permainan jongkang-jongket menyerupai babi, kali ini senario hampir sama menjadi sensasi di negeri itu.

Kini masyarakat Islam Pulau Mutiara dihina apabila pembinaan patung beruang berwarna emas di Padang Kota Lama, George Town itu jelas memaparkan sepotong ayat daripada Hadis Rasulullah SAW yang diukir kemas di bahagian punggung haiwan liar tersebut.

Perkara itu didedahkan beberapa netizen tempatan sejak semalam dan patung mamalia tersebut dipercayai dibina badan bukan kerajaan yang memang dikenali sering mempromosikan persamaan antara agama termasuk kalangan Muslim berfikiran bebas liberal pluralisme.

Ini kerana pihak yang membina haiwan itu dilihat mempermainkan maksud sebenar ayat diukir di belakang patung beruang itu bermaksud “Tidak beriman seseorang antara kamu sehinggalah dia sanggup mengasihani saudaranya sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri.”

Walhal jika diteliti, konteks ayat Nabi Muhammad SAW itu sebetulnya merujuk kepada persaudaraan sesama umat Islam yang dituntut saling sayang-menyayang antara satu sama lain untuk menjadi Muslim Mukmin dan tiada kena-mengena dengan kesamarataan agama.

Patung beruang itu dibina di Padang Kota Lama, lokasi sama pemainan kanak-kanak berbentuk babi mencetuskan kontroversi sehingga mencetuskan bantahan keras daripada umat Islam sebagai penghinaan secara tersirat oleh pihak tertentu di Pulau Pinang.

Persoalannya, bagaimana patung tersebut boleh diluluskan pembinaannya oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan adakah penggunaan Hadis Rasulullah SAW yang masyhur itu sudah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang?

Kita tahu bahawa pihak yang terlibat sememangnya mempunyai agenda tersembunyi yang amat jahat. Bagi umat Islam, matlamat tidak menghalalkan cara, oleh itu jangan uji kesabaran kita secara berterusan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana