Dua Penggal: Mentang-Mentang Dia Dah Kenyang Dulu

CERITA jadi Perdana Menteri 2 penggal, jadi Menteri Besar 2 penggal, Ketua Menteri 2 penggal dan yang seumpama dengannya ni, bukanlah cerita baru.  1999 dulu cerita ni keluar dah sebelum diulang-ulang oleh orang yang berlainan.

Jadi bila Naib Presiden Pribumi lantikan bapak sendiri ni bukak mulut bercakap pasal benda sama, WOW factor tu dah takde pasal bukan benda baru dan cuma disebut masa belum ada kuasa.  DAP sebagai contoh, sebelum menang kat Pulau Pinang, bercakap pasal Ketua Menteri 2 penggal juga, tapi bila dia dah menang, cerita tu entah mana lesapnya – malah dah nak masuk jel pun, jawatan tu macam taknak lepas, toksah cerita 2 penggal lagi lah.

Cuma ada cacat dalam cadangan ini iaitu, prestasi

Bagaimana kalau pemegang jawatan tu tak perform?  Takkan nak tunggu 2 penggal jugak baru boleh digantikan? Adakah adil kepada rakyat kalau pemimpin mereka tidak menunjukkan prestasi yang sepatutnya?  Lagipun tak adil kepada anak-anak bakal Perdana Menteri yang akan datang, mereka nak jadi jutawan juga.

Ia memerlukan 22 tahun untuk kesemua anak-anak Mahathir sebagai bilionwan, jutawan atau paling koman, berwang – dalam kes anak lelaki sulung, tak sampai lama itupun, 1997 lagi dah dikaitkan dengan wang berbilion.  Anak-anak Perdana Menteri selepas ini mungkin tidak mendapat peluang itu kerana tempoh perkhidmatan bapa mereka dihadkan kepada 2 penggal saja.

Yang dah kenyang pasal bapak dulu jadi Perdana Menteri berpenggal-penggal sampai hari-hari nak main dengan ikan lumba-lumba di luar negara pun boleh, senanglah cakap.

Maka itulah kita sengih saja dengar cadangan tak serupa bikin ni.  Lainlah kalau dia masa jadi Menteri Besar dulu, ada visi yang sama – hadkan jawatan 2 penggal, ini tak pun, malah masa nak suruh berhenti bukan main payah lagi.

Tapi tak tahulah kalau sepenggal yang dimaksudkan tu bukan 5 tahun tapi 11 tahun!! Kalau itu kesnya, fahamlah kita.

Apa pun nak sebut, sistem 2 penggal ini tidak dilaksanakan di Malaysia antara lain kerana Perdana Menteri bukan ketua negara tapi ketua kerajaan – maksudnya ada orang lebih atas lagi.  Majoriti negara yang mengamalkan sistem 2 penggal macam Indonesia dan Amerika Syarikat (Amerika lagi), Presiden adalah juga ketua negara dan ketua kerajaan, takde atas dari itu dah.

Itu belum bercakap bagaimana sistem ini sebenarnya boleh dimanipulasi seperti yang berlaku di Rusia.  Di Rusia, Vladimir Putin pertama kali menjadi Presiden selama 8 tahun (2 penggal) dari 2000-2008.  Berikutan perlembagaan Rusia yang menghadkan jawatan Presiden selama 2 penggal,  orang kanan Putin, Dimitri Medvedev kemudiannya mengambil alih selama sepenggal sebelum Putin kembali menjadi Presiden buat kali kedua pada tahun 2012.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana