DAP PERSOAL MUHYIDDIN PULA

Pada 29 November 2011, di hadapan ribuan ahli Umno, Tan Sri Muhyiddin dengan penuh semangat, menegaskan, DAP adalah satu parti cauvinis yang mahu menubuhkan sebuah republik.
“Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengenepikan nilai sejarah dan jatidiri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan semakin jelas kelihatan.

“Mereka berani mencadangkan jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihanraya tanpa dilantik Yang Di-Pertuan Agong, apa maknanya ini?

“Maknanya, sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa,” kata Muhyiddin.
Hari ini, bersekongkol pula untuk menggulingkan Perdana Menteri dan tidakkah itu satu tindakan melahap kuasa demi temboloknya?

Tidakkah itu juga mengenepikan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan?
Dimanakah prinsipnya Muhyiddin?

Manakala, sudah dicoretkan sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad akan menjadi budak suruhan pembangkang. Skrip dilakarkan pembangkang, intipati dijalurkan pembangkang dan Mahathir hanya menunduk mengikut, patuh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana