DAP parti lidah bercabang... - Pemimpin PAS Selangor

Isu persempadanan pilihanraya yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi menyebabkan PAS dan DAP bertembung khususnya di Selangor di mana kedua-dua parti itu berkongsi kerajaan bersama PKR.

Terbaru kenyataan keras bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang mendakwa DAP merupakan sebuah parti lidah bercabang.

Beliau berkata demikian ketika membuat perbandingan dua kenyataan berbeza pimpinan DAP iaitu Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Liew Chin Tong berkaitan dengan rasional diadakan pilihan raya mengejut di negeri itu ekoran persempadanan semula kawasan oleh SPR.

Roslan Shahir menyenaraikan tujuh kerusi DUN yang disebut Tony Pua berisiko bakal dimenangi BN ekoran persempadanan semula kawasan, namun ketujuh-tujuh kerusi itu tiada satu pun yang melibatkan kerusi DAP.

“Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua umpamanya mendakwa bahawa tindakan sewenang-wenang SPR mengubah dan meminda sempadan-sempadan pilihanraya di Selangor akan membuka peluang BN kembali berkuasa di negeri ini.

“Pua mendakwa sekurang-kurangnya tujuh kerusi DUN akan dikuasai oleh BN melalui proses persempadanan baru ini kiranya pilihanraya diadakan selepas ia diluluskan.

Kerusi-kerusi berkenaan adalah Sabak (PAS), Hulu Kelang (PAS-dicuri PAN), Sementa (PKR), Selat Kelang (PAS), Pelabuhan Kelang (PKR-kini Bebas), Sejangkang (PAS) dan Morib (PAS-dicuri Pan)

“Manakala 10 lagi kerusi (yang tidak disebutkan) mempunyai potensi majoritinya dikurangkan malah boleh juga dirampas BN.

“Atas dasar ini Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang kemudiannya mencadangkan agar Dewan Negeri Selangor dibubarkan supaya Pilihanraya Negeri dapat dilakukan sebelum proses persempadanan ini diluluskan,”katanya dalam tulisan terbaharu di blognya n32.blogspot.my bertajuk “Hodohnya lidah bercabang DAP”.

Selepas Tony Pua, muncul pula Liew yang juga Pengerusi DAP Johor membuat dakwaan pilihanraya mengejut perlu diadakan di Selangor kerana wujudnya kerjasama di antara PAS dan UMNO di negeri itu.

“Kemudian seorang lagi pemimpin kanan DAP Liew Chin Tong yang mengulas laporan akhbar Nanyang Siang Pau yang mendakwa ada kerjasama politik antara UMNO dan PAS untuk merampas Selangor melalui proses persempadanan semula ini berkata: Sukar untuk pastikan sejauh mana kebenaran laporan tersebut tetapi kebarangkalian wujudnya perjanjian sedemikian tidak boleh dipandang ringan. Malah, ia merupakan andaian yang paling logik ekoran hubungan UMNO dan PAS yang semakin kuat,”

“Sekali lagi DAP menjadikan PAS sebagai mangsa, mereka dengan jahat cuba mencetuskan keraguan rakyat terhadap PAS, apabila melemparkan fitnah kononnya ada kerjasama PAS dan UMNO dalam proses persempadanan semula SPR ini.

“Kalau kita teliti kenyataan Tony Pua di atas dan bandingkan dengan kenyataan Liew Chin Tong, di situ sahaja terbukti betapa bercabangnya lidah para pimpinan DAP ini,”jelas Roslan Shahir.

Menurutnya lagi, hujah DAP saling kontradik di antara satu sama lain sehingga menyebabkan justifikasi untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Selangor menjadi tidak logik.

“Pua mendakwa tujuh kerusi DUN Selangor boleh dikuasai BN dalam proses persempadanan ini. Dari tujuh kerusi itu kalau kita perhati lima adalah milik PAS. Bermakna PAS lah pada pandangan Pua yang akan rugi besar melalui proses persempadanan semula ini.

“Tiba-tiba Liew pula mendakwa keberangkalian wujudnya perjanjian atau kerjasama PAS dan UMNO untuk menentang PKR dan PAN.

“Kalau ada kerjasama PAS dan UMNO, kenapa proses persempadanan pilihanraya ini yang Tony dakwa mahu membuka peluang buat BN kembali berkuasa di Selangor mengakibatkan PAS bakal kalah lima kerusi.

“Kerjasama apanya kalau BN menang dan PAS kalah?,” soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana