DAP Cipta Rekod Tindas Rakyat Tiga Kali Naikkan Tarif Air Pulau Pinang

Kalau perlu diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang pun, ia mesti diadakan untuk menewaskan DAP dan menyelamatkan rakyat Pulau Pinang dari terus ditindas dengan keputusan dan langkah-langkah yang merepek serta membebankan.

Ia dalah kerana hari ini, DAP sudah mencipta rekod pentadbiran kerajaan Pulau Pinang apabila tiga kali menaikkan kadar tarif air sejak mula memerintah negeri itu.

Kenaikan bermula pada pada 2015 apabila Ketua Menterinya Lim Guan Eng menyalahkan beban akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan pada 1 April 2015 sebagai alasan. Liciknya beliau supaya rakyat tidak meletakkan kesalahan itu ke atas dirinya.

Jika diteliti, sebenarnya Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu telah pun mungkir janji tahun baru pada 2015 dengan sengaja menaikkan tarif air bil pengguna di seluruh Pulau Pinang.

Akibatnya, sesetengah sektor menyaksikan pertambahan kadar sehingga 400 peratus yang dianggap keterlaluan manakala tarif air pengguna kediaman secara purata naik 16.7 peratus dan pengguna komersial pula mencecah 18.8 peratus.

Guan Eng kini adalah seorang tertuduh utama kes banglo beli murah dari harga pasaran dan salah guna kuasa kes hartanah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Guan Eng sendiri kononnya membiarkan dirinya dikritik pada masa sama meneruskan langkah meningkatkan kadar tarif penggunaan kemudahan asas itu.

“Kita bakal berhadapan kritikan kerana isu bil air ini kerana kita mahu pengurusan ke atas permintaan air adalah baik tanpa perlu kita melakukan catuan bekalan apabila kemarau berlaku pada masa depan,” dalih Guan Eng.

Beliau mendakwa konon langkah peningkatan tarif akan memaksa pengguna domestik mengurangkan pembaziran air tetapi hakikatnya ia meningkatkan keuntungan Perbadanan Bekalan Air Holdings (PBA), iaitu agensi kerajaan negeri itu.

Media tempatan melaporkan laba PBA naik mendadak sebanyak 182 peratus daripada hanya RM19.1 juta kepada RM53.7 juta dalam tempoh 12 bulan sebelum dan selepas kadar air dinaikkan pada 1 April 2015.

Ia adalah rekod dalam sejarah, namun ramai terlupa sepanjang Parti Gerakan memerintah Pulau Pinang selama 19 tahun, tiada kenaikan tarif air berlaku sehingga menjadikan bil air di negeri itu sebagai paling murah di Malaysia!

Malangnya, sejak DAP mengambil alih pentadbiran Komtar pada 2008 lalu, rakyat Pulau Pinang menderita apabila bil air mereka naik tiga kali iaitu 2011, 2013 dan 2015 dengan Guan Eng ‘bijak’ berselindung di sebalik istilah surcaj.

Bayangkan ia berlaku hanya dalam masa lima tahun dan beliau menyalahkan GST selain alasan wang kutipan bil air mahal itu konon berjaya menyelamatkan rakyat Pulau Pinang daripada masalah beban inflasi kos sara hidup tinggi.

Perbelanjaan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang naik empat kali ganda daripada RM280 juta kepada RM831 juta pada 2014 lalu, langkah terbaik mengutip duit daripada rakyat secara senyap ialah untuk menaikkan caj penggunaan air.

Jangan lupa, banyak cukai remeh lain dilaksanakan di negeri itu termasuk cukai katil hotel dan lebih hebat, caj parkir awam yang dikenakan hatta selepas waktu pejabat 6 petang dan hari cuti sehingga pukul 12 tengah malam.

– pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana