Buaya Gemparkan Penduduk Flat Taman Sri Sentosa

KUALA LUMPUR: Penduduk flat di Taman Seri Sentosa di sini, gempar dengan kehadiran seekor buaya berhampiran flat itu yang terletak berhampiran Sungai Klang, malam Jumaat.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 10.19 malam.

"Kami juga telah menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, penduduk di sini ternampak reptilia  berkenaan berhampiran kawasan perumahan ini yang berlumpur dalam semak samun," katanya ketika dihubungi Bernama.

Samsol berkata sehingga kini pihaknya bersama APM sedang berusaha untuk menangkap reptilia berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana