Bersih 5 : Orang Melayu Jadi Hamba DAP Lagi...Sedar Lah

RAKYAT tahu bahawa perhimpunan haram Bersih 5 yang bakal berlangsung pada 19 November ini merupakan satu lagi medan yang digunakan oleh DAP untuk mengukur sejauh mana orang Melayu telah dapat diperbodohkan oleh mereka.

Seperti yang kita maklum, Parti Amanah Negara (PAN) merupakan “baby” yang DAP lahirkan sebagai “hamba” sepenuhnya kepada mereka. Apabila DAP gagal mengawal PAS seperti yang mereka mahukan maka mereka telah bertindak menendang PAS dari pakatan tersebut.

Bagi melahirkan kumpulan orang Melayu yang akan patuh sepenuhnya kepada DAP maka terbentuklah PAN.

Cuma kita agak keliru apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad begitu yakin bahawa himpunan besar-besaran BERSIH 5 bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 19 November ini akan disertai oleh orang Melayu terutamanya PAS sedangkan DAP telah mengeji dan menghina PAS dengan bermacam-macam dakwaan.

Kita juga tidak cukup yakin dengan alasan Khalid Samad yang mengatakan bahawa ahli PAS juga akan turut serta kerana sejak dari dulu lagi mereka sudah diasuh kononnya untuk menolak kezaliman dan protes itu selaras dengan perjuangan BERSIH yang menuntut pilihan raya adil dan bersih walaupun mereka tidak pernah dapat membuktikan yang sistem pilihanraya kita bermasalah pun.

Tambahan pula PAS dikatakan tidak akan hadir dalam perhimpunan haram tersebut. Sebenarnya Khalid dilihat seolah-oleh cuba menyakinkan diri sendiri yang PAS akan turut serta dalam Bersih 5 apabila beliau menegaskan bahawa ianya satu cabaran bagi PAS untuk menghalang ahli mereka turun bersama ketika mereka masih “mendengar kata” DAP.

Sebelum ini, DAP dilaporkan berkata PAS harus menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap matlamat untuk menumbangkan BN termasuk menyertai perhimpunan BERSIH 5.

Namun setakat ini, PAS masih belum memutuskan penyertaannya dalam BERSIH 5 walaupun tarikh perhimpunan itu diumumkan. Pada himpunan BERSIH 4, Ogos tahun lalu PAS tidak mengarahkan ahlinya untuk bersama berhimpun sebaliknya hanya beberapa pimpinan sahaja yang turun.

Peringatan kepada semua umat Islam, jangan sesekali kita lupa perbezaan diantara kafir Harbi dan Kafir Zimmi. Jangan terperangkap dalam permainan Kafir Harbi yang akan merosakkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara kita. Pastikan kita tidak menjadi hamba kepada kafir Harbi. Pilihan ditangan anda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana