Apakah MP Penampang bayar RM5 juta kepada PKR kerana lompat parti...?

Adakah PKR akan menuntut RM5 juta daripada Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking kerana keluar parti?

Atau Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lupa bahawa semua calon pilihanraya PKR diminta sign borang jika keluar parti kena bayar RM5 juta seperti yang didakwa parti itu sebelum PRU13 lalu.

Persoalan tersebut dibangkitkan oleh bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR Badruk Hisham Shaharin dalam status facebook terbarunya.

"Siapa ingat... PKR bagitahu pengundi jangan risau pasal lompat parti sebab siapa calon PKR yang menang lompat parti akan kena bayar RM5juta.

"Hari ini lompat sorang lagi... sejak PRU13 sampai sekarang berapa juta dah PKR kutip...? ke janji masa itu hanya untuk halwa telinga sahaja...?"

Untuk rekod, Wan Azizah telah menerima keputusan Darell yang juga Naib Presiden PKR untuk meletakkan jawatan dan menyertai parti tempatan Sabah yang diterajui bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pada tahun 2013, PKR melalui Timbalan Setiausaha Agungnya, Steven Choong berkata PKR telah mewajibkan semua calonnya yang menang, membayar gantirugi RM5 juta kepada parti itu jika mereka melompat parti.

RM5 juta dikenakan sebagai usaha membendung kes pembelotan yang menghantui parti itu selepas pilihan raya umum 2008.

"Selepas menerima surat pelantikan, jika mana-mana calon menarik diri sebelum hari penamaan calon atau melompat parti selepas menang, perlu membayar gantirugi RM5 juta kepada parti.

"(Oleh itu,) mereka perlu menandatangani surat Akujanji. Jika anda bersedia menerima surat pelantikan itu, maka anda tidak boleh berpatah balik," katanya.

Dalam satu kenyataannya Khamis, Wan Azizah berkata, pertemuan telah diadakan bersama Darell untuk membincangkan mengenai masa depan politiknya.

"Darell telah memaklumkan kepada kami bahawa dia akan menyertai parti politik tempatan dan bersatu dalam usaha menegakkan agenda (pembaharuan) pergerakan reformasi dan keadilan.

"PKR menerima keputusan beliau kerana komitmen yang ditunjukkan untuk menentang Barisan Nasional (BN).

"Kami percaya, dengan angin perubahan, ramai lagi akan turut serta dalam perjuangan Reformasi," katanya.

Semalam, Mohd. Shafie Apdal mengesahkan beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.

Menurut Mohd. Shafie, parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Bagaimanapun, Mohd. Shafie enggan mendedahkan nama baharu serta nama parti yang telah diambil alih itu bagi menghormati beberapa pihak dan pengumuman hanya akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada ROS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana