Apabila Matthias Chang Cuba Berlagak Menjadi Ustaz Mengajar Umat Islam…

Antara mereka yang begitu rapat dengan Tun Dr Mahathir adalah bekas peguamnya, Matthias Chang. Saban waktu, Matthias dilihat antara individu yang begitu aktif membawa mereka yang mahu menjatuhkan kerajaan keluar negara bagi membuat sebarang laporan polis mahupun media, asalkan dapat memburukkan kerajaan hari ini.

Malah, Matthias juga adalah “rakan kongsi” kepada Datuk Husam Musa yang kononnya mahu membawa pulang aset negara dari Amerika Syarikat, kononnya telah diselewengkan oleh individu tidak bertanggungjawab, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Peguam Amerika. Namun begitu, belumpun kes ini mula dibacarakan, secara senyap-senyap Matthias dan Husam menarik semula saman berkenaan dengan tiada sebarang alasan dikemukakan.

Hari ini, tersebar satu video klip yang memaparkan Matthias sedang mengajar umat Islam tentang kebenaran dan keboleh percayaan. Dia dilihat memetik sabda Rasullullah yang sentiasa menekankan kepetingan menyatakan kebenaran tanpa mengira apa jua halangannya.

Dengan berlatar belakangkan bendera kebangsaan dan satu lagi slogan “utamakan Allah, bukan Najib. Utamakan Allah, bukan parti UMNO, dia dilihat sekali lagi mengangkat sepanduk yang memetik hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Masud yang juga menekankan prihal kepentingan menyatakan kebenaran. Sebenarnya, apa yang cuba dibuat oleh Matthias ini? Apa kelayakannya sehingga berani berbuat demikian?

Jika diteliti daripada apa yang dia cuba sebarkan, tafsiran melalui Bahasa Inggeris ini dilihat tidak mempunyai apa-apa salah. Namun begitu, yang menjadi salahnya apabila dia semakin berani mempergunakan Al Quran dan Hadis untuk menyokong sebarang hujah politik bagi melawan Datuk Seri Mohd Najib. Adakah dia merasakan, tindakannya ini betul sehingga tergamak mengheret Kalam Allah kedalam kancah politik?

Sambil menghuraikan maksud ayat berkenaan dari pemahamannya sendiri bersandarkan kepada logik politik, bukankah ini menjadikan dia seolah-olah mempersendakan Kalam-Kalam Allah hanya untuk mewajarkan tindakan politiknya? Lebih teruk lagi, kenapa mahu mengaitkan semua ini dengan setiap satu tindakan yang dia lakukan dalam usahanya mahu menjatuhkan kerajaan?

Seperti sedia maklum, Matthias Chang merupakan penganut fahaman Katolik. Andai kata ada mana-mana pihak mempertikaikan tindakannya menerusi petikan bible sambil menyatakan Tuhannya tidak pernah menyuruh mana-mana pihak mencampur adukkan hal duniawi dan agama, apa perasaan dan tindakannya?

Tidak kira siapa, baik di pihak pembangkang mahupun kerajaan, usah sewenang-wenangnya mempermainkan agama hanya untuk menyokong dakyah politik masing-masing. Institusi agama Islam di negara ini sentiasa berada satu tahap lebih tinggi berbanding politik. Usah terlalu biadab dengan sikap yang mahu menjatuhkan musuh politik sehingga tergamak mengheret kesucian ayat Al Quran bagi mewajarkan setiap tindak tanduk politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana