Angkat jari tengah perbuatan biadab, kata Timbalan Mufti Perak

BANGI, Jumaat – Menunjukkan isyarat lucah seperti mengangkat jari tengah bukan setakat ketika berada di jalan raya, bahkan di dalam majlis yang bersifat rasmi, adalah satu perbuatan biadab yang juga dirujuk sebagai tidak ada budi bahasa, tidak beradab dan tidak bertamadun.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim, berkata lebih malang lagi apabila perbuatan itu dilakukan oleh individu yang berpelajaran.

Kebiadaban, katanya, boleh berlaku sama ada dengan pertuturan, perlakuan mahupun isyarat-isyarat tertentu.

“Tahap kebiadaban ini sampai ke peringkat mencela orang yang sudah mati termasuk ulamanya dan dilakukan tanpa mengira sensitiviti umat Islam sebagai majoriti rakyat negara ini yang sangat menghormati ulama mereka dan institusi mereka.

“Adalah sangat biadab apabila ulama dan agensi agama yang menjaga hal ehwal agama Islam sebagai agama negara ini diberikan anugerah yang bersifat satu penghinaan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang kononnya membela wanita,” katanya menulis dalam kolumnis ismaweb.net yang bertajuk ‘Biadab bukan budaya kita’, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana